Ogos 27, 2008

Imunisasi (Pelalian)

Lilypie 1st Birthday Ticker

Pengimunan atau dalam bahasa inggerisnya ' immunisation ' adalah satu proses di mana seseorang itu dilindungkan atau dilalikan dari sesuatu penyakit berjangkit. Ini biasa dilakukan dengan cara menyuntik kuman yang sama ( yang diproses ) kepada seseorang itu. Ada kalanya kuman itu diberi dengan cara dimakan seperti pelalian polio. Pengimuanan dapat membentuk ketahanan seseorang untuk mengelakan penyakit. Jika dia menghidap penyakit itu, kesannya tidaklah sebegitu berat.

Pada masa sekarang telah terdapat pengimuanan untuk bermacam -macam penyakit seperti campak , polio , kancing gigi ( tetanus ) , pertusis , diftiria ( sakit kerongkong ) , rubella , t.b., beguk (mumps ) , demam kepialu ( typhoid ) , taun ( cholera ) dan lain -lain. Ini dadalah sumbangan sains perubatan yang sangat dihargai kerana perlalian telah berjaya mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit -penyakit berjangkit.

Enam jenis penyakit menjadi punca kematian yang utama di dunia lebih -lebih lagi di negara -negara membangun iaitu diftiria ( sakit kerongkong ) , pertusis ( kokol ) , kancing gigi , t.b , campak dan polio. Pertubuhan kesihatan sedunia sedang meneruskan usahanya untuk membasmi penyakit -penyakit ini dengan menggalakkan supaya pengimunan untuk penyakit -penyakit ini diberi kepada kesemua bayi dan kanak -kanak menjelang tahun 1990.
Mengapa bayi perlu pengimunan

Bayi di bawah usia 4 bulan dilindungi dari berbagai -bagai penyakit virus seperti campak kerana antibodi ibunya yang masih ada di saluran darahnya. apabila usia bayi meningkat 6 bulan , tahap antibodi ini tidaklah lagi mencukupi dan bayi mula terdedah pada penyakit -penyakit berjangkit. Perlindungan untuk penyakit -penyakit seperti pertusis dan tetanus tidak mencukupi kerana tahap antibodi kepada penyakit ini adalah rendah. Sebab itulah bayi yang tidak mendapat pengimunan mungkin mendapat penyakit ini dan mengalami akibat yang teruk.
Manfaat yang terdapat daripada pengimunan amatlah besar sekali dan ibu bapa perlu memastikan supaya rekod pengimunan anak -anak mereka lengkap. Ada sebahagian kecil kanak -kanak yang tidak disarankan untuk menerima pengimunan. Umpamanya kanak -kanak yang mudah mendapat sawan tidak disyorkan untuk menerima pengimunan pertusis dan kanak -kanak yang menghidap penyakit leukimia tidak diberi vaksinasi campak ( measles vaccination ). Ibu bapa perlulah mendapat nasihat doktor jika ada apa -apa keraguan tentang pengimunan untuk anak mereka.

Kementerian kesihatan telah menyediakan kemudahan -kemudahan dahan seperti klinik kesihatan ibu dan bayi di mana kanak -kanak boleh diberikan suntikan pengimunan. Doktor -doktor swasta juga ada menyediakan vaksinasi -vaksinasi yang diperlukan. Berikut adalah jadual pengimunan yang disarankan oleh kementerian kesihatan pada masa sekarang :

Selepas lahir dari 3 bulan
B. C. G. ( untuk mencegah penyakit T.B. )

4 bulan
Pengimunan ' triple ' dan polio ( dos kedua )

5 bulan
Pengimuanan ' triple ' dan polio ( dos ketiga )

Dari 9 bulan hingga 2 tahun
Pengimunan campak ( measles )

Dari 1 1/2 tahun Hingga 2 tahun
Pengimuanan ' triple ' dan polio (dos booster)

6 tahun
B.C.G. (diberi jika tanda B.C.G. yang lama tidak ada)
Pengimuanan kerongkong tetanus dan polio


( 1 ) Pengimunan ' triple ' ( suntikan untuk mencegah penyakit kerongkong , pertusis , tetanus)
( 2 ) Polio ( diberi dengan cara titikan ke mulut ).
Kedua -dua ini di beri pada masa yang sama.

Tambahan

Kanak -kanak yang bersekolah
Darjah 1 - DT dos booster
(1) Jika sudah mendapat semua pengimunan sebelum bersekolah atau sekurang -kurangnya 2 kali DPT atau DT dan polio serta
Terdapat tanda BCG - Polio dos booster
( 2) Jika belum pernah diberi perlalian sebelum masuk ke sekolah atau riwayat perlalian tidak ada. - dos DT dan polio dan diulang dalam masa sebulan.
(3) Jika tanda BCG tidak ada Darjah 6
( Usia 12 tahun )
vaksin BCG
vaksin BCG
vaksin Rubella untuk kanak-kanak perempuan

Tingkatan 3 (usia 15 tahun)
Pelalian Tetanus
Sekarang terdapat vaksin yang memberi perlindungan dari tiga penyakit iaitu campak (measels, begok, (mumps) dan Rubella.

Perkembangan ini sangat menarik bagi ibu bapa dan penyelidikan yang dijalankan menunjukkan yang vaksin seperti ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak dari usia 15 bulan.

Masih terdapat ramai kanak-kanak yang tidak menerima pengimunan. Berbagai-bagai sebab yang diberikan oleh ibu bapa. Ada yang khuatir akan kesan buruk dari pengimunan, ada yang mengatakan anak mereka selalu tidak sihat kerana selsema dan batuk dan ada juga yang berfikir bahawa pengimunan tidak perlu. Cerita-cerita tentang akibat buruk pengimunan yang kebanyakkannya tidak ada alasan selalu meyebabkan ibu bapa tidak mendapatkan pengimunan untuk anak-anak mereka. Tidak ada sebab mengapa seseorang bayi yang sihat tetapi hanya mendapat selsema sahaja tidak boleh menerima pengimunan.

Rekod pengimunan

Adalah mustahak ibu bapa merekodkan pengimunan yang telah diberikan kepada anak mereka kerana ini akan memudahkan doktor memberi rawatan yang sewajarnya. Umpamanya, jika seseorang kanak-kanak berumur 4 tahun mendapat luka dikakinya disebabkan paku karat, doktor perlu mengetahui sama ada dia telah menerima pengimunan untuk penyakit kancing gigi. Jika rekod pengimunannya lengkap , doktor akan memberinya 'booster ' ( anti tetanus toxoid ) untuk meninggikan tahap perlindungannya bagi penyakit tetanus selepas mencuci lukannya. Jika dia disyaki belum menerima pengimunan ini , satu lagi suntikan yang dipanggil ' antitetanus serum ' terpaksa diberi. Ini akan dapat memberi perlindungan segera. Dia perlu mendapatkan dua lagi dos ' antitetanus toxoid ' untuk meninggikan tafap perlindungan.

Kesan sampingan pengimunan

Pengimunan boleh menyebabkan kesan -kesan sampingan yang tidak diingini di kalangan kumpulan bayi -bayi yang menerimanya. Pengimunan untuk mencegah penyakit pertusis ( whooping cough ) boleh membuatkan bayi demam , menangis selalu dan tidak mahu menyusu untuk beberapa hari. Ubat yang dibekalkan oleh doktor boleh mengurangkan keadaan ini. Kadangkala terdapat nodul di tempat suntikan tetapi ini biasanya akan hilang dalam beberapa bulan. Pengimunan ini telah menggemparkan orang ramai di negara barat pada sedikit masa dahulu kerana berlakunya kecacatan otak dikalangan orang kanak -kanak. Ini menyebabkan ramai kanak -kanak tidak mendapat pengimunan ini. Akibatnya pula kes -kes pertusis meningkat dengan banyaknya. Pakar kanak -kanak sekarang tidak menyarankan pengimunan ini kepada bayi -bayi yang pernah terkena sawan dan mengalami kecacatan otak. Bayi -bayi yang menglami demam tinggi , sawan atau menangis berjam-jam selepas diberi pengimunan ini disyorkan supaya tidak diberi lagi pengimunan Pertusis. Mereka disarankan supaya diberi lagi pengimunan tetanus dan sakit kerongkong sahaja. Ibu bapa perlu memahami bahawa penyakit Pertusis adalah merbahaya kepada bayi dan semua bayi-bayi (kecuali bayi-bayi yang tertentu sahaja) mesti mendapatkan pengimunan ini.

Pengimunan ini untuk mencegah campak boleh menyebabkan bayi demam atau mendapat bintik-bintik diseluruh badannya. Kanak-kanak yang menghidap barah, T.B. atau penyakit kulit (eczema) tidak disarankan menerima pengimunan campak. Kanak-kanak yang rendah tahap pemakanannya sangat-sangat memerlukan pengimunan campak kerana penyakit ini boleh membawa maut kepada mereka. Risiko untuk mengalami kecacatan otak dan penyakit paru-paru adalah lebih tinggi bagi kanak-kanak yang terkena campak kalau dibandingkan dengan kanak-kanak yang telah mendapat pengimunan campak.

Kesimpulan

Pengimunan adalah satu perkembangan sains perubatan yang sangat dihargai kerana cara ini telah mengurangkan kematian dikalangan bayi dan kanak-kanak akibat penyakit-penyakit berjangkit. Pengimunan untuk penyakit cacar (smallpox) tidak lagi disyorkan untuk bayi-bayi dinegara kita kerana penyakit ini tidak lagi merupakan masalah kesihatan awam yang penting lagi. Pengimunan adalah satu faktor penting yang telah membantu membasmikan penyakit cacar diseluruh dunia. Ibu bapa mestilah menggunakan kemudahan yang telah disediakan supaya anak-anak mereka dapat dilindungi atau dilalikan dari penyakit-penyakit berjangkit.

Sumber : http://www.hamidarshat.com/content/view/159/165/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan