September 18, 2008

Susu Ibu vs Susu Formula

Lilypie 1st Birthday Ticker


Secara fisiologi, susu ibu adalah cecair yang terhasil secara semulajadi khas untuk bayi. Pakar kesihatan bersetuju bahawa susu ibu memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Sehingga kini, para saintis masih lagi melakukan pelbagai penyelidikan dan menemui manfaat susu ibu. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan susu formula tidak seharusnya bongkak dengan menyatakan produk mereka hampir sama dengan susu ibu. Hakikatnya, sebanyak mana pun wang yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini untuk tujuan penyelidikan, kebaikan susu formula takkan menghampiri susu ibu. Senang cerita, susu lembu takkan sama dengan susu manusia!

Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi. Bagaimana?

Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.

Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.

Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.

Kandungan SUSU FORMULA pula kekal sama dalam apa-apa jua kondisi. Tak termasuk lagi dengan harga susu formula yang semakin meningkat. Hmmm…..susahkan?

Pandai-pandailah anda pilih yang mana yang terbaik untuk permata hati anda.

Sumber : http://comelnya.com/menyusu/susu-ibu-vs-susu-formula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan