Pengetahuan membezakan dua perkara ini sangat penting kerana muntah yang berulang kali boleh menjadi petanda kepada penyakit serius si kecil dan mampu mengakibatkan masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan bayi.Muntah dikategorikan sebagai masalah perkara biasa dalam kehidupan kanak-kanak. Dianggarkan antara 60 hingga 70 peratus bayi mengalami gejala muntah sekurang-kurangnya sekali dalam masa 24 jam ketika mereka berumur tiga atau empat bulan.
Dalam kebanyakan kes, muntah akan berhenti masa satu atau dua hari.Bagaimanapun, masalah yang biasa ini dianggap membimbangkan jika ia berlaku dalam tempoh neonatal (empat minggu pertama selepas dilahirkan), perut kembung atau sakit perut yang keterlaluan.Malah, perhatian yang lebih serius perlu diberi jika muntah mengandungi sedikit cecair hempedu atau darah. Jika ini berlaku, bayi anda perlu dibawa segera ke hospital supaya puncanya boleh diketahui.
Antara punca paling biasa menyebabkan muntah di kalangan bayi baru lahir ialah:
- Diberi terlalu banyak susu. Ini adalah punca yang paling kerap dilaporkan. Masalah boleh timbul, terutama membabitkan rumusan susu formula yang mengandungi terlalu banyak protein atau susu dibancuh terlalu pekat kerana ia boleh menyebabkan bayi muntah.
- Bahkan teknik penyusuan yang tidak betul sehingga mengakibatkan bayi menelan lebih banyak udara juga boleh membuatkan si kecil muntah. Selain itu cara memegang bayi selepas disusukan seperti mengangkat (atau menimang) boleh mengakibatkan susu yang berada dalam perut terkeluar balik.
- Gastroenteritis (keradangan perut dan usus kecil)
- Usus kecil tersumbat atau terlalu sempitl Jangkitan sistemik (memberi kesan pada seluruh badan) seperti jangkitan air kencing, darah, otak dan meningitis
- Batuk akibat jangkitan pada tekak atau paru-paru juga boleh membuat bayi muntah. Justeru, beri perhatian pada bayi setiap kali dia batuk selepas muntah atau tersedak akibat tertelan muntah kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik dan menyebabkan masalah pernafasan.
- Masalah refluks gastroesofagal (GER) iaitu aliran songsang asid dalam perut ke saluran makanan. Ia adalah keadaan biasa dalam beberapa bulan pertama kehidupan setiap bayi. Lebih kurang 40 peratus bayi yang sihat dan normal akan mengalami jeluak atau muntah selepas disusukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan