Oktober 30, 2008

DIY - 20 Barang Permainan Kanak-kanak Yang Tidak Perlu Anda Beli

Lilypie 1st Birthday Ticker

by Colleen Moulding

Bosan kerana terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan barang permainan plastik yang terkini? Balaslah soalan “Apa yang kami boleh lakukan sekarang Emak?” dengan membuat barang-barang permainan dari bahan-bahan yang sememangnya telah tersedia disekeliling rumah.

1. Kedai. Simpan kesemua kotak / bekas kosong dari perbelanjaan runcit anda selama seminggu atau lebih dan tidak lama kemudian anda akan mempunyai “sebuah kedai runcit” (olok-olok) yang boleh anda banggakan. Lekatkan semula penutup kotak-kotak bijiran, pembungkus jelly dsb. Kelihatan seperti tidak pernah dibuka. Pakaian, kasut, dan barang-barang mainan boleh dijadikan sebagai “stok”. Beg plastik dan wang betul mahupun wang mainan boleh ditambah untuk menjadikannya lebih menyeronokkan.

2. Bola-bola kertas. Apabila anak-anak mencadangkan untuk melontar “sesuatu” diantara satu sama lain! Bebola kertas adalah mudah diperonyokkan daripada helaian majalah yang dikoyak keluar bagi membuat “peluru”. Apabila tiba masa untuk mengemas, letakkan sebuah bakul sampah ditengah-tengah bilik dan lihat siapa yang mampu melontar masuk kedalamnya paling banyak. Majalah yang digulung boleh menjadi “kayu pemukul” yang baik juga.

3. Doktor/Jururawat. Segulung tisu tandas yang putih boleh membuatkan permainan ini lebih seronok apabila ayah, datuk dan nenek, anak patung di”mumia”kan dihadapan mata anda. Sudu ubat plastik dan katil-katil hospital yang dibuat dari kotak kadbod sebagai baran mainan merupakan prop tambahan bagi mempastikan permainan ini berlanjutan lebih lama lagi.

4. Tiub. Tiub kadbod dari gulungan foil atau tisu dapur boleh dijadikan sebagai teleskop segera bagi kegunaan kelasi atau lanun, atau sebagai terowong untuk dilalui oleh guli. Kanak-kanak kecil suka melihat benda-benda yang dihilangkan dan kemudiannya muncul semula dibawah. Walau bagaimanapun, jangan biarkan mereka bersendirian bersama-sama tiub kadbod tersebut kerana mereka mungkin akan memasukkannya kedalam mulut.

5. Kotak-kotak kadbod merupakan permainan percuma yang terbaik untuk anda. Masukkan hujung sebuah kotak kadbod kedalam sebuah kotak kadbod yang lebih besar sedikit untuk membuat terowong dan gua supaya kanak-kanak boleh merangkak melaluinya. Lukiskan bentuk tingkap dan pintu dengan menggunakan pen mata besar untuk membuat sebuah rumah, tambahkan bendera dan tingkap bulat kecil atau pinggan-pinggan kertas untuk sebuah bot dan stering untuk kereta.

6. Taman-taman mini. Bekas-bekas foil yang menempatkan pai atau makanan yang dibeli merupakan bekas-bekas yang cantik untuk mewujudkan taman-taman mini. Anak-anak boleh berseronok dengan berjalan-jalan disekitar taman permainan dan kebun untuk mencari ranting-ranting kayu untuk membuat pokok, lumut untuk membuat padang, batu yang disusun sebagai batu-batu ataupun air terjun. Lekatkan ranting-ranting dan batu-batu ditempat yang sepatutnya dengan menggunakan paku tekan biru kecil atau plastesin. Tambahkah orang atau binatang mainan dan mungkin sedikit air sekiranya bekas tersebut kedap air. Ia boleh menjadi suatu latihan yang kreatif dan menyeronokkan sekiranya anda mempunyai anak-anak yang terdiri dari kumpulan umur yang berbeza untuk dilayan. Untuk menambahkan variasi, anda boleh menggunakan pasir mainan (bukannya pasir sebenar – ia akan meninggalkan kesan kekuning-kuningan kelak) untuk membuat pemandangan sebuah pantai, mungkin boleh ditambah dengan kulit-kulit cengkerang, batu-batu dan laut yang dibuat dari kertas biru.

7. Boneka-boneka kertas. Tidak mengira apa-apa gambar – samada gambar burung yang berwarna-warni, muka pelawak, karektor binatang atau kartun, dipotong dengan cermat oleh orang dewasa dan dilekatkan keatas sekeping kad berjalur lebih kurang lima inci panjang dan satu setengah inci lebar akan menjadi boneka yang mudah dan ringkas. Ini boleh memberikan keseronokan dan sangat mudah untuk dibuat sehingga akhirnya anda mungkin telah berjaya membuatnya berdozen-dozen banyaknya. Gambar-gambar dari majalah boleh juga dilekatkan diatas kad yang berlipat untuk membuat latar belakang set teater dan kepak.

8. Pencetak ubi kentang. Selepas memotong ubi kentang kepada dua bahagian (separuh), lukislah suatu bentuk yang mudah. Mungkin bentuk tiga segi, bulatan mahupun bentuk bintang. Potong dan buangkan bahagian lain ubi kentang tersebut, meninggalkan satu bentuk yang boleh dicelup kedalam cat warna dan dicetak (dicop) keatas kertas.

9. Pemancang. Pemancang boleh digubah daripada botol plastik minuman ringan yang besar ataupun botol-botol air lemonade. Sedikit pasir atau air dibawahnya mampu menstabilkan kedudukannya. Suatu permainan yang bagus untuk belajar mengira.

10. Jerumun (‘Tempat persembunyian’). Membina jerumun sudah pastinya merupakan salah satu kenangan indah dialam kanak-kanak ketika kita teringat semula kepada keselesaan kain cadar diatas rak terbuka ditaman ataupun dibelakang kerusi-kerusi didalam rumah. Malah kanak-kanak sofistikated masa kini juga merasakan ia lebih menyeronokkan daripada terus membeli rumah mainan plastik dikedai. Saya rasa rahsianya ialah dengan hanya memberikan nasihat berkenaan struktur pembinaannya supaya ia dapat berdiri tegak, tetapi kemudiannya membiarkan anak-anak melakukan pembinaannya sendiri seberapa yang boleh. Kotak-kotak yang bersaiz sangat besar seperti kotak yang menempatkan mesin basuh dan peti sejuk boleh diperolehi dengan mendapatkannya daripada pembekal barang-barang elektrik dan ianya amat berguna sebagai “bilik” untuk jerumun kita. ‘Indoors’ merupakan salah satu jenis jerumun yang paling ringkas dimana ia boleh dibina dengan meletakkan kain cadar yang besar atau ‘duvet’ menutupi sebuah meja. Kusyen, lampu suluh, biskut dan buku-buku komik akan diperlukan semasa majlis meraikan ‘rumah’ tersebut.

11. Tali. Kanak-kanak mendapati beribu-ribu kegunaan tali, dari mengikat barang-barang mainan yang ‘jahat’ ke tali ampaian bagi menggantung pakaian anak patung. Ia boleh diikat ke kaki-kaki kerusi untuk melompat, dicelup kedalam cat dan diputar diatas kertas, dianyam, dipintal, dibuat menjadi payung terjun atau perhiasaan gantungan, digunakan sebagai alat pengukur atau untuk belajar bagaimana untuk mengikat tali kasut dan reben.

12. Kad yang dijahit. Lekatkan gambar diatas sekeping poskad atau lukiskan satu gambar itik, kereta atau bentuk beruang yang ringkas. Dengan menggunakan jarum besar, buatkan lubang-lubang kecil dari cucukkan jarum tersebut disekeliling rekabentuk anda dalam anggaran satu inci diantara satu lubang ke lubang yang lain. Gunakan tali benang yang berwarna cerah atau tali kasut yang panjang pada jarum tersebut dan jahitkan melalui lubang-lubang tersebut.

13. Jangkungan. Anda perlu melakukan sedikit kerja menggerudi untuknya. Ambil dua tin yang kuat, tin kopi atau tin cat yang telah dibersihkan adalah antara tin-tin yang sesuai, dan gerudi sebuah lubang bersaiz satu inci di bahagian atas penutup tin tersebut. Masukkan tali panjang melaluinya dan simpul dengan kemas. Periksa tali pemegangnya supaya ia berada dalam kepanjangan yang selesa bagi anak anda sebelum menyimpul hujung tali yang satu lagi. Ia merupakan suatu permainan yang popular, tetapi jangan tinggalkan anak-anak kecil bersendirian dengannya terutama sekali sekiranya berdekatan dengan tangga.

14. Café. Set minum petang kanak-kanak adalah diperlukan didalam permainan ini, tetapi set berpiknik atau barangan memasak microwave juga sudah memadai. Berikan kepada pelayan sebuah buku catatan kecil dan pensil untuk mengambil pesanan dan buatkan sebuah topi tinggi berwarna putih dari kertas yang dibuat silinder untuk tukang masak bagi mewujudkan suasana yang lebih realistik. Dudukkan anak patung dan patung beruang disekeliling termasuklah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sudi menjadi pelanggan.

15. ’Playdough’ (doh mainan). Campurkan dua cawan tepung, secawan garam, secawan air, sesudu makan minyak masak dan beberapa titisan pewarna makanan bagi menghasilkan doh yang ringkas dan boleh disimpan selama tiga minggu sekiranya anda membalutnya dengan polistirena dan disimpan didalam peti ais. Apa yang anda hanya perlu lakukan ialah menguli campuran tadi sehingga sebati. Bahagi-bahagikan doh tersebut sebelum anda menambah pewarna untuk mendapatkan lebih dari satu warna doh.

16. Permainan ‘berhalangan’. Permainan ‘berhalangan’ boleh menukar hari hujan kepada hari yang menyeronokkan. Gunakan apa sahaja yang ada. Bangku untuk berjalan diatas kayu, kusyen sebagai batu loncatan melalui laut yang penuh dengan ikan jerung ganas, melalui terowong kotak kadbod, menaiki gunung kerusi atau melalui gua ‘duvet’. Semakin tinggi imaginasi anda, anak-anak anda akan semakin menyukainya.

17. Bot ringkas. Kitar semula bekas margerin anda yang telah kosong. Gunakannya sebagai bot untuk tub mandi atau kolam. Ia adalah sangat mudah hinggakan kanak-kanak kecil juga boleh membuatnya. Gunting keluar bentuk tiga segi layer daripada kertas putih atau berwarna. Buatkan lubang kecil pada bahagian atas dan bawah layar tersebut supaya anda boleh meletakkan sebatang kayu melaluinya sebagai tiang layar. Biarkan anak-anak anda.

18. Mantel. Jururawat, raja, permaisuri, Batman, Superman – semuanya memerlukan mantel atau sehelai kain yang tergantung dibelakang. Nasib baik ia mudah dibuat dengan mengikat sehelai riben pada sehelai kain yang sederhana panjangnya mengikut warna kegemaran anak anda berdasarkan karektor kegemarannya. Tetapi sentiasa perhatikan mereka kerana apa-apa sahaja yang terikat di leher biasanya adalah membahayakan.

19. Seni ‘daun’. Kumpul beberapa helai daun dan lukis disekelilingnya. Ia amat menyeronokkan bagi kanak-kanak kecil dan merupakan permainan pengenalan pokok bagi kanak-kanak yang lebih tua. Warnakan dengan terperinci menggunakan krayon atau perwarna. Daun-daun tersebut kemudiannya bolehlah dilekatkan keatas kertas stail kolaj ataupun mencelupkannya kedalam pewarna dan kemudian menekannya kemas-kemas keatas sekeping kertas bagi mendapatkan ‘cetakan’ daun yang menarik.

20. Membuat ‘puzzle’ (susun gambar). Lekatkan gambar kegemaran anda diatas sekeping kad dan biarkan ianya kering dengan meletakkan sebuah buku tebal diatasnya. Gunting kepada beberapa bahagian, bergantung kepada umur anak anda, untuk menghasilkan suatu permainan ‘puzzle’ yang segera dan peribadi.

Sumber: www.ezinearticles.com

Panduan Memilih Pusat Jagaan kanak-kanak

Lilypie 1st Birthday Ticker

by Association of Registered Childcare Providers Malaysia

Menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak telah menjadi sesuatu yang penting bagi kebanyakan keluarga. Ia juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi terutamanya kepada keluarga yang mempunyai ramai anak dan terpaksa menanggung kos-kos lain, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pula tidak berkesempatan untuk membantu menjaga anak-anak kecil bagi pasangan yang bekerja.

Di negara ini, tidak ada subsidi dari kerajaan ke atas penjagaan anak. Oleh itu, anda haruslah mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mendapatkan pusat penjagaan anak yang baik, iaitu yang menitikberatkan perkembangan fizikal dan minda yang sihat.Pusat jagaan kanak-kanak dan ibu bapa adalah sahabat di dalam pembesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Pusat jagaan kanak-kanak adalah sambungan daripada rumah di mana kanak-kanak berasa selamat, selesa dan dikasihi.Ia menyediakan pelbagai bentuk pembelajaran yang menarik dan merangsang pemikiran di dalam suasana ceria dan persekitaran yang luas dan cukup dengan peralatan yang sewajarnya.

Penglibatan ibu bapa adalah penting untuk memastikan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Sebelum memilih pusat penjagaan kanak-kanak yang baik, ibu bapa hendaklah mempertimbangkan beberapa isu seperti berikut:

Lokasi
  • Adakah pusat tersebut jauh dari rumah? Perjalanan yang jauh dari rumah ke pusat penjagaan adalah tidak baik bagi kanak-kanak kecil.
  • Adakah persekitarannya telah tercemar?
    Contohnya, adakah pusat penjagaan tersebut terletak berdekatan dengan kilang kayu?
  • Adakah ia bersebelahan dengan lebuhraya?
    Ini tidak selamat bagi kanak-kanak.

Bangunan

  • Adakah bangunannya menepati tuntutan keselamatan bagi kanak-kanak kecil?
  • Adakah bilik-biliknya mempunyai pengudaraan yang baik?
  • Adakah keadaan tanahnya selamat?
  • Dapatkah pekerja atau penyelia pusat penjagaan itu mengawasi kanak-kanak di taman permainan pada setiap masa?

Kemudahan-kemudahan

  • Adakah persekitarannya cerah dan ceria?
  • Adakah alat-alat permainan dan pembelajaran sesuai untuk peringkat umur yang berlainan dan adakah ia dijaga rapi dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak?
  • Adakah kawasannya cukup luas bagi kanak-kanak ini bermain?
  • Adakah terdapat kawasan berpasir dan berair untuk mereka bermain?
  • Adakah tandasnya bersih dan kering?
  • Berapakah nisbah kanak-kanak bagi seorang penjaga?

Penjaga Kanak-kanak

  • Adakah pusat tersebut menyediakan penjaga yang berkelayakan dan berpengalaman bekerja dengan kanak-kanak kecil?
  • Adakah mereka terlatih dalam pertolongan cemas?
  • Semasa bercakap dengan kanak-kanak, adakah mereka tunduk supaya kedudukan fizikal mereka setara dengan kanak-kanak ini?
  • Adakah mereka terlibat secara langsung dalam pendidikan?
  • Adakah mereka kelihatan bertanggungjawab, pengasih dan boleh diharap?
  • Adakah penguasaan bahasa mereka baik untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak?
  • Adakah mereka menggunakan kaedah tidak menghukum apabila mendisiplinkan kanak-kanak?
  • Adakah mereka mendapat latihan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Program Perkembangan

  • Adakah program yang ditawarkan seimbang, iaitu yang menggalakkan ‘pembelajaran melalui permainan’ dan menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak?
  • Adakah pihak pusat penjagaan itu percaya dengan cara pembelajaran yang mengutamakan kanak-kanak dan adakah mereka bekerja dengan kanak-kanak berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan mereka?
  • Adakah bahan-bahan pembelajaran dan tempat bermain mencukupi?


Perhubungan di antara ibu bapa dan pusat penjagaan

  • Adakah ibu bapa sentiasa diberitahu mengenai aktiviti pusat penjagaan melalui surat berita atau papan buletin?
  • Adakah penjaga atau pengetua pusat penjagaan itu sentiasa bersedia untuk menjawab soalan-soalan anda?
  • Adakah mereka mengalu-alukan pendapat ibu bapa?
  • Adakah ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktivi-aktivi pembelajaran dan acara-acara istimewa?
  • Adakah pusat penjagaan itu membuat menu harian/mingguan untuk kanak-kanak?
  • Adakah mereka menyimpan, menyediakan dan menghidangkan makanan dengan cara yang bersih?
  • Adakah mereka mengamalkan kebersihan diri dan membuang sampah dengan cara yang betul?
  • Adakah mereka menyimpan rekod perubatan semasa kanak-kanak?
  • Adakah latihan kebakaran kecemasan dijalankan dengan kerap?

PENTING!!

Adakah pusat tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat? Sijil pendaftaran ini hendaklah dipamerkan dengan jelas di pejabat dan papan notis.
Akhir Sekali

Masalah Tidur - Kemahiran Melatih Anak Tidur



SEORANG wanita berusia 30 tahun menimang cahaya mata pertama setahun lalu dan sering mengadu bayinya kerap terbangun pada waktu malam, walaupun diberi susu secukupnya.
Dia berasa tidak bermaya pada siang hari kerana tidak cukup tidur.

Namun begitu, dia terpaksa ke pejabat awal pagi dan pulang hampir lewat petang dan keadaan ini juga kadangkala menyebabkan dia berasa bersalah kerana tidak memberi masa secukupnya kepada bayinya.Ketika di pejabat, bayinya diserahkan kepada penjaga di sebuah taman asuhan kanak-kanak dan ini juga memberi tekanan kepadanya kerana beliau tidak mahu satu hari nanti anaknya akan menjadi lebih mesra dengan penjaganya daripada dirinya.

Wanita itu berpendapat dia hanya boleh berjinak-jinak dengan anaknya pada waktu malam saja dan dia akan cuba bermain-main dengan anaknya agak lama dan keadaan ini sesungguhnya membuat anaknya sukar memperoleh jangka masa tidur secukupnya dan secara tidak langsung bayinya mudah meragam sama ada pada waktu malam mahupun siang.

Kisah disebutkan ini mencerminkan gaya seorang ibu yang baru menimang anak dan belum mempunyai pengalaman menjaga anak dan memastikan anak itu membesar tanpa sebarang masalah.

Seorang bayi yang baru lahir memerlukan jangka masa tidur yang lama berbanding kanak-kanak yang semakin meningkat dewasa kerana proses pembesaran dan kematangan sistem yang terpenting dalam tubuh.Bayi itu sedang berjalan dengan pesat. Begitu juga dengan pemakanan bayi terbabit, dia juga perlu kepada susu secukupnya dan sebaik-baiknya susu ibu.

Sekiranya seorang bayi tidak mendapat jangka masa tidur secukupnya, dia mudah meragam, tidak kira pada siang atau malam. Situasi yang sama dapat dilihat jika seseorang bayi tidak mendapat pemakanan secukupnya, bukan saja dia mudah meragam malah proses pembesaran turut terbantut.Dalam kes ini ibu itu berasa bersalah kerana menganggap tidak memberi perhatian sewajarnya kepada anaknya kerana beban tugasnya.

Oleh itu, untuk menebus semula perasaan bersalah, dia berpendapat harus bermesra dengan bayinya selama mana yang boleh pada waktu malam.Sesungguhnya perbuatan ini walaupun nampaknya boleh diterima oleh ibu terbabit tetapi ia memudaratkan pertumbuhan bayi itu dari aspek fizikal dan mental.

Bayi berkenaan sepatutnya diberi kesempatan untuk tidur apabila berasa mengantuk dan suasana dalam bilik tidur bayi sepatutnya diubah suai untuk merangsang bayi tidur dengan selesa. Bagaimanapun, apabila ibu itu terus membuat rangsangan kepada bayinya untuk terus berjaga, bayi itu tidak dapat tidur mengikut proses normal dan kesannya adalah perubahan pada emosi dan tingkah laku bayi terbabit.

Dalam keadaan ini, bayi itu memerlukan tidur yang lebih pada siang hari, sama ada pagi ataupun petang. Ini bermaksud, jika bayi dapat jumlah jam untuk tidur dengan selesa, dia akan membesar dengan baik dan ini memberi kesan positif pada perkembangan emosi, intelek dan fizikal bayi berkenaan.

Oleh itu, salah satu punca bayi meragam adalah disebabkan dia tidak memperoleh jumlah jam yang bersesuaian untuk tidur.Kepada ibu yang mempunyai dilema seperti wanita disebutkan ini, mereka harus ingat bahawa tidak salah bekerja dan tidak salah menghantar bayi ke taman asuhan, asalkan mereka tahu bahawa bayi itu sentiasa diberi penjagaan sebaik mungkin dan sentiasa selamat.

Ada juga segelintir ibu ketika kecil dulu mengalami permasalahan berkaitan dengan penjagaan, contohnya apabila mereka masih bayi dan pada zaman kanak-kanak, ibu mereka mengabaikan kehendak dan keperluan mereka. Dalam keadaan ini, mereka sendiri tidak dapat masa sesuai untuk tidur dan keadaan ini mempengaruhi mereka apabila melihat bayi mereka sendiri. Ibu terbabit seolah-olah dapat berasakan pahit maung emosi yang sedang dialami kerana bayi mereka mengingatkan mereka kepada kenangan lama.

Dalam keadaan itu, ibu terbabit cuba berbuat sesuatu bagi menghindarkan bayi mereka daripada mengalami masalah sama. Bagaimanapun, pendekatan diamalkan bukan membantu bahkan menambah gangguan dialami.Begitu juga dengan tindak balas segolongan ibu yang gemar menghampiri bayi mereka setiap kali bayi itu menangis, terutama pada waktu malam.

Bukan saja ibu terbabit mendodoi bayi mereka, malah memberi susu lagi untuk menenangkan bayi itu.Ada kalanya bayi itu boleh dibiarkan saja untuk sementara waktu dan lazimnya dia akan tidur semula tanpa memerlukan apa-apa bantuan.

Bagaimanapun, ada ibu yang berasa bersalah jika mereka tidak membuat sesuatu.Sesungguhnya untuk mengajar bayi itu menikmati proses tidur yang nyenyak, ibu terbabit harus mahir melatih bayi mereka belajar tidur dengan sempurna. Pada mulanya memang nampak agak susah untuk seorang ibu buat tidak tahu saja apabila bayinya menangis tetapi lama-kelamaan bayi itu sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Apabila seorang bayi sudah mengetahui cara sebenar untuk mendapat kepuasan sewaktu tidur, dia akan memberi manfaat terbaik kepada bayi itu yang mana pertumbuhan dan perkembangan bayi berkaitan mampu berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.

by www.bharian.com.my

Tekanan Punca Ibu Gagal Susukan Bayi

Lilypie 1st Birthday Ticker

by Berita Harian - Raihanah Abdullah

KITA sering dengar orang mengatakan susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. Namun, masih ramai juga ibu yang tidak berpeluang untuk menyusukan bayi mereka.Satu daripada faktor yang menyebabkan ibu menghadapi masalah atau gagal menyusukan bayi mereka ialah kurang yakin pada diri sendiri, tertekan, runsing, kurang mendapat maklumat mengenai penyusuan dan bimbang susu tidak mencukupi.Perunding Laktasi, Christine Choong, berkata ibu yang gagal menyusukan anak mereka, sekurang-kurangnya secara eksklusif selama enam bulan selalunya kurang yakin mereka mampu menyusukan bayi sepenuhnya.

Beliau berkata, ibu tidak sepatutnya berfikiran negatif apabila hendak menyusukan bayi kerana semakin kerap mereka menyusukan anak, semakin bertambah kandungan susu yang akan terhasil dan dikeluarkan.Katanya, kurang yakin pada diri sendiri sedikit sebanyak akan menyebabkan tekanan perasaan dan ini boleh mempengaruhi penghasilan susu.“Sebaik-baiknya cuba bertenang ketika menyusukan bayi anda dan cuba beri tumpuan penuh kepada bayi setiap kali menyusu. Yakinlah, semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil.“Ibu juga perlu sentiasa ingat, bukan lagi masanya bagi mereka untuk mendapat tidur nyenyak selama 10 jam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab lain, iaitu menjaga dan menyusukan bayi,” katanya.

Beliau berkata, ibu juga perlu memikirkan mengenai bayi mereka dengan penuh perasaan kasih sayang dan sentiasa memastikan berkeadaan selesa dan tenteram.Katanya, sebelum menyusu, ibu digalakkan supaya memerah sedikit susu dan dengan lembut membuat rangsangan pada puting payu dara mereka untuk menggalakkan pengeluaran susu.Bagaimanapun, katanya, ibu dinasihatkan supaya tidak risau, berperasaan takut, bimbang atau malu selain berhenti merokok atau mengambil minuman keras.

Penghasilan susu ibu akan bertambah disebabkan penurunan hormon progesteron, lazimnya, 30 hingga 40 jam selepas kelahiran.Prolaktin dan oksitoksin (hormon menghasilkan susu) akan dihasilkan secara semula jadi selepas melahirkan bayi dan bertindak balas dengan hisapan puting oleh bayi.

Bahagian payu dara yang menghasilkan susu (lihat grafik).

  • Alveoli adalah bahagian yang menghasilkan susu.
  • Saluran susu dan sinus akan menyalurkan susu ke puting. Bayi perlu diletak dengan betul supaya dapat memberikan tekanan pada saluran susu untuk bayi menyusu dengan berkesan.
  • Areola, di mana terletaknya kelenjar Montgomery melindungi kulit puting. Bayi perlu memasukkan sebanyak mungkin bahagian bawah areola ke dalam mulutnya.
  • Puting dan liang puting yang menyalurkan susu kepada bayi.


Faedah susu ibu kepada bayi:

  • Mengandungi khasiat zat lengkap yang memenuhi keperluan bayi.
  • Mengandungi protein, lemak dan asid lemak Omega 3 yang mudah dihadamkan supaya kadar pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental bayi sihat.
  • Membantu perkembangan otak dan sistem saraf dan meningkatkan tahap kecerdasan.
  • Melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit seperti gangguan usus, masalah pernafasan dan jangkitan telinga kerana susu ibu mengandungi sel hidup dan antibodi.
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser kanak-kanak.
  • Melindungi daripada alahan.
  • Mengurangkan risiko inflamasi kolon bayi pramatang.
  • Mengurangkan masalah gigi berlubang, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung pada kemudian hari.
  • Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.
  • Menggalakkan hubungan silaturahim antara ibu dan anak.

Faedah menyusu kepada ibu:

  • Melindungi kanser payu dara dan kanser ovari.
  • Membantu mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitoksin membantu mengecutkan rahim.
  • Mempercepatkan pemulihan ibu selepas kelahiran bayi.
  • Menjimatkan masa dan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan.
  • Risiko pereputan tulang dan masalah jantung dapat dikurangkan.
  • Satu cara merancang keluarga dan menjarakkan kelahiran antara anak secara semula jadi.
  • Penyusuan ibu sepenuhnya dapat menjadikan ibu berasa puas hati kerana melaksanakan tanggungjawab seorang ibu dengan sempurna.

Menyusu Bayi Tidak Cukup Bulan

Lilypie 1st Birthday Ticker

Susu anda adalah susu yang paling sesuai untuk anak anda yang tidak cukup bulan.

  • Ia melindungi bayi anda dari kuman dan infeksi.
  • Susu ibu mudah di cerna.
  • Mendekatkan hubungan ibu dan bayi.
  • Susu ibu baik untuk perkembangan otak.

Bayi yang dilahirkan secara tidak cukup bulan mungkin tidak tersedia untuk menyusu dalam beberapa hari, kadangkala beberapa minggu. Anda bolehlah memerah susu anda sejurus selepas kelahiran untuk memberi kapada bayi.

Jika anda perlu menggunakan pam, hubungilah Kaunselor Laktasi mengenai pam susu. Terdapat pelbagai jenis pam yang dijual di pasaran sekarang. Mintalah nasihat untuk membeli pam yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Panduan & Nasihat - Penyusuan Bayi Secara Ekslusif Bagi Ibu Bekerja

seLilypie 1st Birthday Ticker

  1. Proses stimulasi adalah penting untuk meneruskan laktasi atau pengaliran susu. Jadi, adalah penting ibu terus menyusu bayi pada masa ibu berada di rumah dan pada hujung minggu dan hari kelepasan. Payu dara anda akan berasa tegang atau lebihan takungan susu setiap kali selepas hari kelepasan/cuti. Ini disebabkan lebihnya stimulasi pada hari sebelumnya. Ini akan memudahkan lagi proses memerah susu pada hari itu. JANGAN harap dengan memerah susu saja boleh mengekalkan bekalan susu ibu.
  2. Perahan susu ibu (PSI) sebaiknya diberikan oleh pengasuh bayi.
  3. PSI boleh diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu kecil. Penggunaan botol atau puting biasanya akan membuatkan bayi 'keliru puting'.
  4. Ibu perlu minum air secukupnya dan makan makanan seimbang.
  5. Cuba mengambil lebih masa untuk berehat kerana ini penting untuk penghasilan susu ibu.
  6. Bangun dari tidur lebih awal (20 minit) dan susukan anak walaupun dia sedang tidur atau separuh tidur. Ini akan membuat bayi kenyang dan tenteram sementara ibu bersiap untuk pergi kerja.
  7. Bersarapan dengan makanan yang mengenyangkan dan susukan bayi sekali lagi sebelum keluar.
  8. Sementara menunggu masa untuk balik ke rumah, beritahu pengasuh supaya memberi bayi susu sekadar mencukupi keperluannya untuk menghilangkan rasa dahaga. Dalam masa yang sama, waktu ini ibu mungkin rasa 'penuh' di kedua-dua belah payu dara dan mengharapkan bayi menghisap sepuas-puasnya sebaik sampai di rumah.
  9. Ibu harus susukan bayi secepat mungkin ( 30 minit) sebaik sampai di rumah.
  10. Susui bayi pada kedua-dua belah payu dara. Ini adalah amalan yang sangat digalakkan. Bayi akan menentukan dengan sendiri bila masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga susu di payudara sehingga payudara itu kosong Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasil di hujung setiap penyusuan. Susu yang keluar di "akhir" setiap penyusuan digelar "hind milk". Susu "akhir" ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. · Beritahu para ibu supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda samada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur dipayudara ibu. Jika bayi masih terjaga atau aktif mencari payu dara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi
  11. Jika susu keluar dan membasahi baju, tekankan kedua telapak tangan pada payu daya beberapa minit. Lakukan secara berpeluk tubuh supaya tidak ketara. Gunakan alas baju dalam (nursing pads) dan amalkan menukarnya selalu bila basah. Ini boleh mengelakkan daripada sakit puting. Ketumpahan susu juga boleh berlaku apabila ibu teringkatkan bayi. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot di sekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di waktu-waktu berkenaan. Selain pelapik, baju dalam, ibu digalakkan menggunakan saputangan tetapi tidak di galakkan menggunakan tisu. · Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya.
  12. Jangan biarkan payu dara penuh susu lebih daripada tiga jam tanpa memerahnya. Ini boleh membuatkan ibu tidak selesa dan boleh berlaku bengkak susu (engorgement). Perahkan susu sambil mengurut perlahan-lahan untuk melegakan rasa keperitan ini. Jika suka, demah dengan menggunakan tuala suam atau sejuk.

Panduan/Tip Menyusu bayi

  • Ibu yang mula menyusu sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan. Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara yang paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu
  • Memakai baju dalam yang boleh dibuka dari depan (nursing bra) boleh membantu ibu menyusu dengan selesa dan mudah
  • Elak menggunakan sabun untuk membersihkan puting payudara. Penggunaan sabun akan mengakibatkan kekeringan di kawasan puting dan areola. · Ibu perlu membersihkan puting setiap kali selepas mandi
  • Pastikan ibu berada dalan keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap
  • Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyususan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi untuk menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat 6 atau 7 penyusuan sehari
  • Bayi membuang air sebanyak 7 hingga 8 kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu (formula) · Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan. · Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang air besar selama seminggu. · Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.
  • Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari
  • Kadangkala, ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. Sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adakah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara: · menyusu dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap pada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. · Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu.
  • Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah: · Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan jari bersih di hujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas itu. · Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap kearah bertentangan dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. · Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau di waktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba di akhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna. · Menyusu pada kedudukan baring akan mengurangkan pengaliran susu.
  • Jika bayi mendapat sakit mulut dan enggan menyusu, jangan paksa dia menyusu. Tunggu sehingga dia bersedia untuk menyusu. Dalam masa itu, perah susu untuk menjamin kelancaran pengaliranya. Kemudian, cuba letakkan bayi ke payudara. Dengan cara ini, bayi akan merasai pengaliran susu masuk ke mulutnya dengan cepat. Malah, selepas beberapa minit menghisap, bayi sudah dapat merasai sedikit susu masuk ke mulut. Cadangkan ke ibu agar:- · Bawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan mulut, kerongkong dan telinga. Keengganannya mungkin disebabkan dia sakit. Dapatkan ubat yang boleh melegakan gusinya yang sakit. · Jika bayi masih tidak mahu menyusu, perah susu dan berikan susu itu menggunakan sudu, cawan atau penitis ubat. Selepas beberapa hari, bayi akan kembali menyusu di payudara. · Cuba menyusu di waktu bayi sedang tidur atau mengantuk. Pada waktu ini, bayi tidak begitu sedar dan akan menghisap dengan baik. · Cuba menyusu di dalam bilik yang sunyi dan jauh dari gangguan. Cuba menyanyi dan mendodoikan bayi. · Apabila bayi kembali menyusu di payudara, ibu perlu menyusu dengan kerap selama beberapa hari bagi menambah semula pengaliran susu yang terbantut ketika bayi enggan menyusu sebelum ini.
  • Pil perancang boleh menybabkan susu ibu berkurangan. Kadang kala, bayi enggan menyusu kerana perubahan rasa pada susu ibu yang di sebabkan oleh perubahan hormon setelah memakan pil. Jika ibu memberitahu anda yang dia memakan pil dan bayi mula cerewet setiap kali waktu menyusu atau tidak mahu menyusu sama sekalli, anda perlu merujuk ibu berkenaan kepada doktor atau klinik perancang keluarga agar ibu boleh mendapatkan kaedah perancang yang lain.
  • Bayi masih boleh menyusu walaupun puting ibu rata atau tenggelam. Puting yang rata boleh dikeluarkan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk atau menggunakan pam payudara sebelum penyusuan. Selepas ia ditarik keluar, puting akan cepat-cepat dimasukkan ke dalam mulut bayi. Puting akan berada dalam keadaan lebih baik tidak lama selepas bayi mula menghisap. Lama kelamaan, hisapan bayi akan menyebabkan puting yang rata atau tenggelam menjadi timbul
  • Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya, bayi akan di bawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik yang sesuai untuk para ibu menyusu anak. Jika ibu terpaksa keluar tanpa membawa bayi bersamanya, ibu perlu memerah susunya dan diberi kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.

Makanan ketika dalam pantang untuk meningkatkan tenaga

Lilypie 1st Birthday Ticker


Kehidupan dengan bayi baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik. Tetapi adalah penting untuk anda menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah strategi-strategi pemakanan yang mudah membantu anda bertenaga sepanjang masa.

Mulakan dengan diet yang seimbang. Minum air yang banyak dan cuba cari masa untuk duduk dan makan. Berikut adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tenaga anda dari makanan anda:
  • Mulakan sarapan pagi anda dengan makanan berprotein seperti telur dan yogurt dan karbohidrat yang kompleks seperti roti 'whole wheat' dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding karbohidrat yang mudah atau gula. Untuk sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal atau bijiran penuh serat atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.
    (Karbohidrat yang mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian menurun mendadak, menjadikan anda berasa mengantuk. Karbohidrat yang kompleks memberikan anda tenaga yang lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana ianya mengambil masa yang lama untuk hadam dan memberi lebih khasiat dalam bentuk vitamin dan mineral). Sarapan yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks adalah penting tetapi kebanyakan orang melakukan yang sebaliknya.
  • Tukarkan cara pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih ringan sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap tenaga anda pada tahap yang sama sepanjang hari berbanding turun naik di antara kenyang dan lapar.
  • Tiada siapa yang suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda mungkin kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan ketika dalam pantang, ia bukan masa yang sesuai untuk elak daripada makan atau memotong secara mendadak kalori yang diambil. Ianya adalah masa untuk mendapatkan semula kekuatan daripada risaukan masalah berat badan.
    Apabila bekalan susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan bersalin, dan anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah anda mula menurunkan berat badan anda perlahan-lahan. Bagi ibu yang menyusu anak, kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan toksin yang tersimpan dalam lemak badan ke susu badan.
  • Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan menyebabkan kepenatan dan mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh itu minum air dengan banyak dan ini boleh mengekalkan tenaga. Jika anda menyusu badan, beberapa minggu pertama akan menjadikan anda amat dahaga, jadi pastikan anda minum dengan banyak.
  • Adalah lebih mudah untuk kopi apabila anda kepenatan atau mengambil coklat ketika anda lapar untuk mendapatkan tenaga dengan segera. Tetapi berhati-hati. Bergantung kepada minuman berkafein atau makanan bergula boleh memberi anda tenaga dengan cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih penat dari sebelumnya. Seperti yang diterangkan di atas, karbohidrat kompleks seperti roti whole grain, kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan menetapkan tahap gula yang lebih stabil.

Amalan-amalan ketika & selepas bersalin

Lilypie 1st Birthday Ticker

Kesakitan ketika bersalin merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas kaum wanita. Ini merupakan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kerana ia menguji iman seseorang. Jika bersabar dengan kesakitan yang dialami dan bersyukur dan memuji kebesaran Allah s.w.t., dosa kita akan diampunkan olehNya.

Doa-doa semasa bersalin

Surah Al-Anbiyak ayat 87

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

Ayat Kursi

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Surah Al-A'raf ayat 54

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam

Surah Al-Falaq

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Surah An-Nas

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia


Mandi wajib
  • Mandi Wiladah - selepas melahirkan anak
  • Mandi ketika kering dari darah nifas (darah kotor yg keluar selepas bersalin, sekurang2 sekejab dan paling lama 60 hari)

Tanggungjawab bapa
  • Mengazankan dan mengamatkan anak yang baru lahir
    Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t. ketika di alam rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172 yang berbunyi
    "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini."

Menanam uri

Mendoakan anak


- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


- Doa agar diberi anak yang baik - surah Ali-Imran ayat 38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


- Doa agar anak menyenangkan hati - surah Furqan ayat 74
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.


- Doa agar anak tetap mengerjakan sembahyang - surah Ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


Panduan menamakan anak

  • Nama anak harus diberikan pd hari kelahirannya@ hari ketiga @ pada hari aqiqah @ beberapa hari selepas itu.
  • Nama anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama yang mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain


Menyembelih aqiqah

Mengkhitankan anak
Menurut Imam Shafie berkhitan adalah wajib.

Hikmah berkhitan.

  • Asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan
  • Menyempurnakan tuntutan syarak yg sesuai dgn sunnah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain
  • Dari aspek kesihatan ia mendatangkan kebersihan pada zakar dan membebaskan kekotoran yang tersimpan di dalamnya
  • Menjaga kesihatan batin serta memelihara dari menghidapi penyakit kelamin

Oktober 29, 2008

Tips Rangsang Otak Anak (Teknik Jepun Shichida)

Lilypie 1st Birthday Ticker

Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini, tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikan ditelinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang soleh, kuat, rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu, otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati, elakkan ketika sedang marah. Selepas anak mula pejamkan mata, ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga menggalakan ibu bapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Ini kerana apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

3) Galakkan anak melakukan kraftangan. Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan, oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat, mewarna, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memanglah selepas itu terpaksa mengemas, tetapi banyak manfaatnya.

4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar, contohnya rama-rama. Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan surUh anak anda menyudahkannya. Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat, sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri. Andainya anda termarah anak anda, pujuklah dengan langkah pertama tadi. Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

7) Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu terlalu lama.

8) Jika boleh elakkan menggunakan perekataan ‘jangan’ kepada anak-anak. Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu, itulah yang anak lakukan. Gantikan dengan perkataan lain seperti,’tolong’ atau ‘marilah kita sama-sama’

Oktober 27, 2008

Alahan Makanan

Lilypie 1st Birthday Ticker

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapatgatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian ini mungkin di sebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ). Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat janin lagi. Ini berdasarkan pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu bahawa setiap kali mereka meminum banyak susu lembu , janin dalam rahim mereka aktif dan menendang lebih kuat daripada biasa. Ini reaksi terhadap sesetengah jenis makanan. Alahan makanan berbeza dengan masalah penghadaman. Antibodi boleh dikesan di dalam darah seseorang yang mengalami alahan makanan.

Kes alahan makanan memang pernah juga di temui di klinik kanak -kanak. Tetapi , kanak -kanak yang mengalaminya tidak semestinya menunjukkan alahan terhadap bahan -bahan yang sama. Ia berbeza antara seorang kanak -kanak dengan kanak kanak lain. Penyakit alahan seperti lelah , resdung , mata merah dan gatal -gatal kulit sering dialami. Berikut iailah satu contoh riwayat kes kanak -kanak yang mengalami alahan.

KES

Arif dilahirkan normal , cukup bulan , dalam keadaan baik dan beratnya 3.2kg. Ibunya telah memberinya susu badan sehingga dia berusia dua bulan . Berat badanya naik dengan memuaskantetapi apabila ibunya mula bekerja semula , Arif telah diberikan formula susu tepunglembu kerana ibunya tidak berupaya memberinya susu badan lagi. Dua minggu selepas pemberian susu formula tepung , bibir Arif mula kelihatan kekeringan dan kemerah -merahan. Kulit badannya juga mula kelihatan kering sehingga ke bahagian lampin. Dia lebih kerap membuang air besar dan najisnya pula kelihatan lebih cair. Ibunya telah membawa dia berjumpa doktor tetapi ubat yang dibekalkan agak kurang nyenyak tidur, sering terjaga di waktu malam dan menangis berpanjangan. Dia selalu batuk -batuk terutama pada waktu malam. Dia juga kerap muntah pada waktu siang hari.Adakalanya , mulutnya kelihatan merah
sewaktu menyusu. Dia jugaTidak bergitu berminat untuk menyusu. Walau bagaimanapun
, dia tetap sihat dan aktif dan menunjukkan tahap perkembangan yang memuaskan. Ayahnya
dan kakanya menghidap penyakit lelah. Doktor menasihatkan ibunya supaya tidak memberi Arif susu tepung lembu selama dua minggu dan menukar kepada susu protein soya. Selang beberapa hari sahaja Arif kelihatan lebih riang daripada biasa. Kulitnya tidak lagi terlalu kering dan tidak lagi batuk atau muntah -muntah pada waktu malam. Tidurnya lebih nyenyak dan berat badannya juga naik dengan memuaskan.


Sebulan kemudian , ibunya telah memberinya susu tepung lembu kembali . Masalah lamanya berulang kembali. Dia kurang minat menyusu dan kulitnya mula kering serta menjadi menjadi merah.Sekali lagi ibunya dinasihatkan supaya memberi Ariff susu kacang soya. Keadaannya berubah menjadi lebih baik. Tanda -tanda ini berulang kembali apabila si anak itu diberi susu tepung lembu dengan tidak sengaja oleh pembantu rumahnya dan reda semula apabila pemberian susu tepung dihentikan. Ibu bapanya semakin yakin yang anak mereka memang alah pada susu lembu dan mereka lebih berjaga -jaga agar anak mereka tidak diberi makanan yang mengandungi bahan -bahan daripada susu lembu.

Riwayat di atas merupakan satu contoh kes kanak -kanak yang mengalami alahan terhadap susu lembu. Selain susu lembu , ada bahan -bahan makanan lain yang merupakan unsur alahan bagi sesetengah kanak -kanak. Setiap kali bahan -bahan alahan itu dimakan , timbullah reaksi gatal -gatal , hidung berhingus , batuk dan muntah , cirit dan sebagainya. Lazimnya , si ibu yang memerhatikan dengan teliti pemakanan anaknya akan dapat mengagak bahan -bahan makanan yang tidak serasi dengan si anak.

Antara bahan -bahan makanan yang boleh menyebabkan alahan termasuklah telur , daging
, udang dan bahan awetan.

Penyakit -penyakit lain juga boleh mengakibatkan tanda -tanda yang sama seperti yang dipamerkan oleh mereka yang menghidap alahan makanan. Umpamanya , seseorang kanak -kanak yang cirit -birit dan muntah -muntah berkemungkinan terkena keracunan makanan ( food poisoning ) , penyakit cirit - birit akibat jangkitan kuman atau reaksi alahan (allergic reaction ) terhadap bahan makanan.

Bagaimana hendak mengenal pasti alahan pada bahan pada makanan ?

Seseorang doktor yang menilai dan memeriksa bayi atau kanak -kanak perlu sentiasa memikirkan kemungkinan berlakunya alahan makanan jika si anak itu menunjukkan tanda -tanda seperti di bawah ini :-


* selesema , batuk -batuk , merah mata dan tanda kemerahan di kawasan
sekitar mulut.
* Ekzema kulit , gatal -gatal kulit.
* Kurang subur , sering muntah -muntah dan cirit serta perut buncit
* Sentiasa resah , tidak nyenyak tidur , sukar menumpukan perhatian
dan terlalu aktif.

Tanda -tanda yang sama boleh juga terdapat pada berbagai -bagai jenis penyakit lain.
Seseorang doktor boleh mengesyaki kemungkinan berlaku alahan makanan dengan mengambil riwayat yang terperinci dari ibu bapa tentang kaitan di antara bahan -bahan yang dimakan dengan tanda -tanda yang ditunjukkan. Kanak -kanak yang mempunyai riwayat seperti Arif mungkin mengalami alahan makanan.

Adakalanya , agak sukar untuk mengenal pasti bahan makanan yang menyebabkan alahan kerana si anak mengambil berbagai -bagai jenis makanan. Satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan jadual makanan harian yang tidak mengandungi bahan -bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan melihat sama ada tanda -tanda alahan itu reda atau berkurangan setelah kanak -kanak tersebut mengambil bahan -bahan makanan itu selama satu atau dua minggu. Ibu bapa sendiri boleh mengesyaki bahan -bahan makanan yang tidak serasi dengan anak mereka. Kadangkala , si anak sendiri tidak mahu mengambil sesuatu jenis makanan , seolah -olah sistem badanya tahu bahawa bahan -bahan tersebut tidak sesuai baginya.

Adakalanya pula , doktor menggunakan ujian kulit (skin tests ) untuk mengecam tanda -tanda berlakunya alahan makanan. Ujian darah seperti IgE , RAST dan lain -lain boleh membantu memberikan maklumat tentang punca alahan yang dialami oleh kanak -kanak itu.

Kadangkala , seseorang anak itu disyaki alah terhadap beberapa jenis makanan. Dalam keadaan ini, si ibu perlulah menyediakan makanan khas. Bantuan serta nasihat pakar kanak -kanak dan pakar diet diperlukan. Dalam tempoh satu minggu , semua bahan makanan yang biasa dimakan oleh anak itu (seperti susu ,telur ,ayam dan makanan yang mengandungi bahan awetan ) akan dielakkan. Si anak hanya akan diberikan bahan makanan segar selama satu minggu. Nasi , daging , sayur dan buah -buahan boleh terus diberikan sedikit demi sedikit. Si anak akan diperhatikan untuk mengesan sebarang tanda alahan. Jika tanda -tanda alahan masih tidak reda , doktor pakar boleh membuat andaian bahawa kemungkian kanak -kanak tersebut telah diberikan bahan makanan yang tidak serasi secara tidak langsung tanpa disedari. Umpamanya , walaupun si anak tidak diberi makan telur , dia mungkin akan tetap menunjukkan tanda alahan jika kuih -muih yang mengandungi ramuan telur diberikan.

Jika tanda -tanda alahan telah reda , bahan -bahan makanan yang biasa dimakannya dahulu bolehlah mula diberikan sedikit setiap hari. Pengambilan bahan -bahan makanan itu ditambah jika tanda -tanda alahan tidak timbul walaupun setelah bahan -bahan itu banyak dimakan , bolehlah dibuat kesimpulan bahawa si anak itu tidak alah terhadap bahan -bahan tersebut. Bahan -bahan makanan lain pula boleh dicuba denagn cara yang sama. Dengan cara ini , dapatlah diketahui bahan makanan mana yang tidak serasi dengan anak itu.

Masalah penghadaman

Adakalanya , seseorang kanak -kanak itu menunjukkan kurang keserasian terhadap sesuatu jenis bahan makanan sehingga menimbulkan masalah penghadaman. Keadaan ini tidak sama seperti alahan kerana tidak terdapat antibodi dalam darahnya yang boleh menunjukkan dia alah terhadap bahan makanan itu.

Dalam satu majlis jamuan ringgan , seorang daripada tetamu telah mengeluh panas badan. Tanggannya menggeletar dan dia mengadu sakit perut . Sebenarnya ,dia tidak serasi dengan bahan monosodium glutamat. Dia pernah menyatakan bahawa dia sering mendapat reaksi ini apabila termakan bahan yang mengandungi monosodium glutamat. Keadaan ini tidak serupa dengan alahan makanan kerana terdapat antibodi seperti yang terdapat pada kanak -kanak yang alah pada susu lembu. Kemungkinan tubuhnya tidak mempunyai enzim atau bahan kimia yang diperlukan untuk proses penghadaman. Ini menyebabkan dia tidak serasi terhadap sesuatu bahan makanan.

Satu lagi contoh ialah kanak -kanak yang tidak serasi dengan gula fuktos ( fructose intolerance ) kerana tubuhnya tidak mempunyai enzim yang mencukupi. Dia tidak serasi dengan sebarang bahan makanan yang mengandungi fruktos. Gula -gula banyak mengandungi fruktos dan setiap kali kanak -kanak itu memakannya , dia akan kurang berasa kurang selesa , loya , muntah -muntah atau terpaksa meluahkannya keluar.
Satu lagi keadaan yang biasa berlaku iailah gluten intolerance. Keadaan ini biasanya terdapat di kalangan kanak -kanak di barat. Setiap kali diberi makanan ynag mengandungi gluten seperti yang terdapat dalam beras gandum , dia akan mengalami cirit -birit. Jika dibiarkan berterusan , pertumbuhan badannya mungkin tidak akan subur.

Saya pernah juga bertemu seorang kanak -kanak yang tidak serasi dengan minuman oren
kordial dan manis -manisan. Dia akan menjadi lebih resah , terlalu aktif dan singkat tumpuan perhatiannya jiak memakan bahan -bahan ini secara berlebih -lebihan. Seorang kanak -kanak berusia 11 tahun sering mengalami sakit kepala jika dia minum coca -cola atau makan burger daging berlebih -lebihan.

Walaupun keadaan ini jarang berlaku , ia tidak sewajarnya dipandang ringan. Jika dapat dikenal pasti , pengambilan bahan -bahan makanan itu boleh dielakkan.

Bagaimana caranya untuk mengelakkan anak daripada mendapat reaksi alahan ?

Jika terdapat masalah alahan dalam keluarga , pastikanlah bayi anda yang baru lahir diberikan susu badan. Pemberian susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan si anak mendapat reaksi alahan. Penyelidikan yang dijalankan oleh pakar kanak -kanak di Hospital Universiti telah menunjukkan bahawa jika si anak itu mendapat penyakit cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar akan mendapat reaksi alahan jika diberi susu yang mengandungi protien lembu. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak itu. Sebaliknya , mereka menyarankan supaya telur diberikan hanya selepas bayi itu berumur lebih daripada sembilan bulan.

Sesejenis makanan yang baru diperkenalkan kepada bayi perlulah diberikan sedikit demi sedikit untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang waktu itu , ibu bapa perlulah memerhatikan kemungkinan timbulnya sebarang reaksi seperti kemerah -merahan di sekeliling bibir , batuk -batuk , selesema , cirit , muntah -muntah , gatal -gatal kulit dan sebagainya. Jika timbul sebarang reaksi , makanan yang lain pula boleh diperkenalkan dengan cara yang sama.

Kesimpulan

Ketidakserasian terhadap bahan makanan sering juga dialami oleh kanak -kanak. Seseorang doktor perlu peka tentang kemungkinan berlaku ketidakserasian ini jika terdapat tanda -tanda seperti gatal -gatal kulit , cirit , muntah -muntah , keresahan dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan sesejenis bahan makanan. Suatu jenis makanan mungkin tidak serasi dengan seorang kanak -kanak tetapi tidak menimbulkan apa -apa masalah kepada kanak -kanak lain. Masalah ini boleh diatasi denagn memastikan bahawa makanan -makanan yang menimbulkan ketidakserasian tidak diberi kepada kanak -kanak yang terlibat. Ubat -ubat tertentu boleh dibekalkan untuk mengurangkan atau menghilangkan tanda -tanda yang disebabkan oleh ketidakserasian makanan.

Oktober 09, 2008

Ekzema

Lilypie 1st Birthday Ticker

Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik. Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.

Menurut beliau, penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun. "Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam hingga dua tahun,'' katanya.

Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah. Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema memb a b i tkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga. Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala. Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.

Ekzema berasal dari perkataan Greek - boiling - merujuk kepada lepuhan yang wujud di peringkat awal pada sejenis penyakit kulit yang gatal. Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi daripada ibu bapa mereka. Menurut Dr. Mokhtar, statistik menunjukkan satu hingga 30 peratus individu di negara ini menghidap penyakit ini sama seperti di United Kingdom.

Bagaimanapun, insiden ini kurang pada kanak-kanak dan orang dewasa. "Kajian mendapati, seorang dalam setiap enam kanak-kanak dan seorang dalam 10 orang dewasa menghidap ekzema,'' katanya. Di Amerika Syarikat tiga peratus penduduknya menghadapi masalah ini, manakala 10 peratus terdiri daripada bayi. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan atau memburukkan ekzema. Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara. Sehubungan itu, jika dilihat pada faktor ini ekzema lebih ketara di kalangan kanak-kanak.

Tambah beliau, sesetengah individu mempercayai makanan tertentu boleh mencetuskan serangan ekzema. Justeru, dengan mengelakkan pengambilan makanan tersebut dipercayai dapat mengurangkan serangan ekzema. "Bagaimanapun, dengan menghindarkan sesetengah makanan yang mencetuskan ekzema ini tidak memberi jaminan bahawa masalah ini dapat disembuhkan dalam jangka masa panjang,'' katanya.

Meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan, pelbagai rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala yang tidak menyenangkan. "Biasanya, ekzema ini menunjukkan perubahan positif yang cukup ketara apabila kanak-kanak ini mencecah usia lima tahun,'' jelasnya. Malah, sebahagian besar akan sembuh apabila sampai peringkat remaja. Hanya lima peratus penghidap penyakit ini akan berterusan hingga peringkat dewasa.

TANDA- TANDA

Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal. Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:
  • Mengelupas
  • Bersisik
  • Kemerah-merahan
  • Kulit yang kering
  • Penebalan kulit
  • Ada kalanya lepuhan juga terbentuk

Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.

RAWATAN

Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa. Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients).

Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak . Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru. Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk. Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik. Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.

Penggunaan ubat sapu (topikal steroid) Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat. Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit. Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit. Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.

Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini. Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius. Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.

KOMPLIKASI

  • Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.
  • Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).
  • Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.
  • Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.

Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering. Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.

Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius. Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.

PANDUAN

  • Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.
  • Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.
  • Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu.
  • Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.
  • Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering.
  • Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.
  • Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut.
  • Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering.
  • Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
  • Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.

Sumber : http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=823

Usia bawah 30 hari paling sesuai bersunat

Lilypie 1st Birthday Ticker


Oleh Ziauddin Sharuddin

Pada tempoh itu kesakitan yang dialami bayi adalah minimum dan tidak sesakit selepas berusia sebulan
AMALAN tradisi masyarakat Melayu menyebabkan majoriti ibu bapa memilih umur anak-anak antara 10 hingga 12 tahun untuk bersunat walaupun amalan perubatan moden melihat umur antara sehari hingga sebulan adalah yang terbaik.

Pakar perunding pembedahan dan urologis pediatrik Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr Amin Tai, berkata hari kedua selepas bayi dilahirkan adalah waktu terbaik kerana dapat mengurangkan kesakitan bayi. Katanya, bius setempat biasanya diberikan kepada bayi yang berumur antara sehari hingga sebulan menyebabkan kesakitan adalah minimum dan walaupun dirasai, tidak sesakit berbanding umur selepas sebulan. “Bayi membesar dengan pantas dan pada usia dua atau tiga bulan, dia sudah aktif seperti kakinya kuat menendang. Pada usia empat atau lima tahun, kanak-kanak cukup lasak menyebabkan bersunat menjadi lebih sukar.“Sebab itu saya mencadangkan ibu bapa menyunatkan anak-anak ketika berusia satu bulan ke bawah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya masyarakat Melayu lebih gemar menunggu hingga kanak-kanak besar dan memasuki alam persekolahan kerana dipengaruhi faktor adat dan itulah yang ibu bapa mereka lakukan dulu. Katanya, keadaan berbeza berbanding masyarakat Arab di Timur Tengah yang lebih suka bersunat dilakukan pada peringkat bayi, bukan saja kerana faktor agama tetapi banyak kebaikan dari segi kesihatan. “Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua,” katanya. Bagaimanapun, katanya sudah wujud kecenderungan di kalangan ibu bapa di negara ini untuk menyunatkan kanak-kanak selepas dilahirkan.

Katanya, bersunat dilakukan kerana tiga faktor, iaitu pertama; alasan agama yang membabitkan penganut agama Islam dan Yahudi; kedua, kebersihan dan ketiga, alasan perubatan seperti jangkitan atau terbabit dalam kemalangan, termasuk kulit zakar tersepit pada zip seluar.

Berbanding kaedah tradisional yang proses penyembuhan mengambil masa agak lama, malah dalam sesetengah kes antara dua hingga tiga minggu, katanya bersunat secara moden mengambil masa antara lima hingga tujuh hari untuk sembuh.

Selain itu, katanya kaedah moden yang dilakukan di klinik dan dewan pembedahan hospital adalah lebih bersih, berbanding kaedah tradisional seperti di atas batang pisang. “Perbezaan utama kaedah tradisional dan moden ialah kanak-kanak yang disunat menggunakan kaedah moden tidak perlu mengalami proses menyakitkan untuk membuka balutan luka pada zakar seperti yang dialami dalam kaedah tradisional,” katanya.

Selain aspek perubatan, Dr Amin melihat perkembangan menarik dalam amalan bersunat di kalangan anak-anak golongan berada. Katanya, berbeza dengan generasi lalu yang tidak mempunyai pilihan apabila disuruh bersunat, anak-anak zaman sekarang bukan saja perlu dipujuk dengan baik untuk bersunat, malah membuat pelbagai permintaan. “Ada yang minta Play Station II yang harganya ribuan ringgit, malah ada yang meminta ibu bapa menaja lawatan ke luar negara selepas sembuh. Ini tidak mungkin berlaku pada zaman kita dulu yang menerima bersunat sebagai tidak ada pilihan, mesti kena punya.” katanya.

Sumber : http://www.ihsan.com/