Ogos 27, 2008

Imunisasi (Pelalian)

Lilypie 1st Birthday Ticker

Pengimunan atau dalam bahasa inggerisnya ' immunisation ' adalah satu proses di mana seseorang itu dilindungkan atau dilalikan dari sesuatu penyakit berjangkit. Ini biasa dilakukan dengan cara menyuntik kuman yang sama ( yang diproses ) kepada seseorang itu. Ada kalanya kuman itu diberi dengan cara dimakan seperti pelalian polio. Pengimuanan dapat membentuk ketahanan seseorang untuk mengelakan penyakit. Jika dia menghidap penyakit itu, kesannya tidaklah sebegitu berat.

Pada masa sekarang telah terdapat pengimuanan untuk bermacam -macam penyakit seperti campak , polio , kancing gigi ( tetanus ) , pertusis , diftiria ( sakit kerongkong ) , rubella , t.b., beguk (mumps ) , demam kepialu ( typhoid ) , taun ( cholera ) dan lain -lain. Ini dadalah sumbangan sains perubatan yang sangat dihargai kerana perlalian telah berjaya mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit -penyakit berjangkit.

Enam jenis penyakit menjadi punca kematian yang utama di dunia lebih -lebih lagi di negara -negara membangun iaitu diftiria ( sakit kerongkong ) , pertusis ( kokol ) , kancing gigi , t.b , campak dan polio. Pertubuhan kesihatan sedunia sedang meneruskan usahanya untuk membasmi penyakit -penyakit ini dengan menggalakkan supaya pengimunan untuk penyakit -penyakit ini diberi kepada kesemua bayi dan kanak -kanak menjelang tahun 1990.
Mengapa bayi perlu pengimunan

Bayi di bawah usia 4 bulan dilindungi dari berbagai -bagai penyakit virus seperti campak kerana antibodi ibunya yang masih ada di saluran darahnya. apabila usia bayi meningkat 6 bulan , tahap antibodi ini tidaklah lagi mencukupi dan bayi mula terdedah pada penyakit -penyakit berjangkit. Perlindungan untuk penyakit -penyakit seperti pertusis dan tetanus tidak mencukupi kerana tahap antibodi kepada penyakit ini adalah rendah. Sebab itulah bayi yang tidak mendapat pengimunan mungkin mendapat penyakit ini dan mengalami akibat yang teruk.
Manfaat yang terdapat daripada pengimunan amatlah besar sekali dan ibu bapa perlu memastikan supaya rekod pengimunan anak -anak mereka lengkap. Ada sebahagian kecil kanak -kanak yang tidak disarankan untuk menerima pengimunan. Umpamanya kanak -kanak yang mudah mendapat sawan tidak disyorkan untuk menerima pengimunan pertusis dan kanak -kanak yang menghidap penyakit leukimia tidak diberi vaksinasi campak ( measles vaccination ). Ibu bapa perlulah mendapat nasihat doktor jika ada apa -apa keraguan tentang pengimunan untuk anak mereka.

Kementerian kesihatan telah menyediakan kemudahan -kemudahan dahan seperti klinik kesihatan ibu dan bayi di mana kanak -kanak boleh diberikan suntikan pengimunan. Doktor -doktor swasta juga ada menyediakan vaksinasi -vaksinasi yang diperlukan. Berikut adalah jadual pengimunan yang disarankan oleh kementerian kesihatan pada masa sekarang :

Selepas lahir dari 3 bulan
B. C. G. ( untuk mencegah penyakit T.B. )

4 bulan
Pengimunan ' triple ' dan polio ( dos kedua )

5 bulan
Pengimuanan ' triple ' dan polio ( dos ketiga )

Dari 9 bulan hingga 2 tahun
Pengimunan campak ( measles )

Dari 1 1/2 tahun Hingga 2 tahun
Pengimuanan ' triple ' dan polio (dos booster)

6 tahun
B.C.G. (diberi jika tanda B.C.G. yang lama tidak ada)
Pengimuanan kerongkong tetanus dan polio


( 1 ) Pengimunan ' triple ' ( suntikan untuk mencegah penyakit kerongkong , pertusis , tetanus)
( 2 ) Polio ( diberi dengan cara titikan ke mulut ).
Kedua -dua ini di beri pada masa yang sama.

Tambahan

Kanak -kanak yang bersekolah
Darjah 1 - DT dos booster
(1) Jika sudah mendapat semua pengimunan sebelum bersekolah atau sekurang -kurangnya 2 kali DPT atau DT dan polio serta
Terdapat tanda BCG - Polio dos booster
( 2) Jika belum pernah diberi perlalian sebelum masuk ke sekolah atau riwayat perlalian tidak ada. - dos DT dan polio dan diulang dalam masa sebulan.
(3) Jika tanda BCG tidak ada Darjah 6
( Usia 12 tahun )
vaksin BCG
vaksin BCG
vaksin Rubella untuk kanak-kanak perempuan

Tingkatan 3 (usia 15 tahun)
Pelalian Tetanus
Sekarang terdapat vaksin yang memberi perlindungan dari tiga penyakit iaitu campak (measels, begok, (mumps) dan Rubella.

Perkembangan ini sangat menarik bagi ibu bapa dan penyelidikan yang dijalankan menunjukkan yang vaksin seperti ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak dari usia 15 bulan.

Masih terdapat ramai kanak-kanak yang tidak menerima pengimunan. Berbagai-bagai sebab yang diberikan oleh ibu bapa. Ada yang khuatir akan kesan buruk dari pengimunan, ada yang mengatakan anak mereka selalu tidak sihat kerana selsema dan batuk dan ada juga yang berfikir bahawa pengimunan tidak perlu. Cerita-cerita tentang akibat buruk pengimunan yang kebanyakkannya tidak ada alasan selalu meyebabkan ibu bapa tidak mendapatkan pengimunan untuk anak-anak mereka. Tidak ada sebab mengapa seseorang bayi yang sihat tetapi hanya mendapat selsema sahaja tidak boleh menerima pengimunan.

Rekod pengimunan

Adalah mustahak ibu bapa merekodkan pengimunan yang telah diberikan kepada anak mereka kerana ini akan memudahkan doktor memberi rawatan yang sewajarnya. Umpamanya, jika seseorang kanak-kanak berumur 4 tahun mendapat luka dikakinya disebabkan paku karat, doktor perlu mengetahui sama ada dia telah menerima pengimunan untuk penyakit kancing gigi. Jika rekod pengimunannya lengkap , doktor akan memberinya 'booster ' ( anti tetanus toxoid ) untuk meninggikan tahap perlindungannya bagi penyakit tetanus selepas mencuci lukannya. Jika dia disyaki belum menerima pengimunan ini , satu lagi suntikan yang dipanggil ' antitetanus serum ' terpaksa diberi. Ini akan dapat memberi perlindungan segera. Dia perlu mendapatkan dua lagi dos ' antitetanus toxoid ' untuk meninggikan tafap perlindungan.

Kesan sampingan pengimunan

Pengimunan boleh menyebabkan kesan -kesan sampingan yang tidak diingini di kalangan kumpulan bayi -bayi yang menerimanya. Pengimunan untuk mencegah penyakit pertusis ( whooping cough ) boleh membuatkan bayi demam , menangis selalu dan tidak mahu menyusu untuk beberapa hari. Ubat yang dibekalkan oleh doktor boleh mengurangkan keadaan ini. Kadangkala terdapat nodul di tempat suntikan tetapi ini biasanya akan hilang dalam beberapa bulan. Pengimunan ini telah menggemparkan orang ramai di negara barat pada sedikit masa dahulu kerana berlakunya kecacatan otak dikalangan orang kanak -kanak. Ini menyebabkan ramai kanak -kanak tidak mendapat pengimunan ini. Akibatnya pula kes -kes pertusis meningkat dengan banyaknya. Pakar kanak -kanak sekarang tidak menyarankan pengimunan ini kepada bayi -bayi yang pernah terkena sawan dan mengalami kecacatan otak. Bayi -bayi yang menglami demam tinggi , sawan atau menangis berjam-jam selepas diberi pengimunan ini disyorkan supaya tidak diberi lagi pengimunan Pertusis. Mereka disarankan supaya diberi lagi pengimunan tetanus dan sakit kerongkong sahaja. Ibu bapa perlu memahami bahawa penyakit Pertusis adalah merbahaya kepada bayi dan semua bayi-bayi (kecuali bayi-bayi yang tertentu sahaja) mesti mendapatkan pengimunan ini.

Pengimunan ini untuk mencegah campak boleh menyebabkan bayi demam atau mendapat bintik-bintik diseluruh badannya. Kanak-kanak yang menghidap barah, T.B. atau penyakit kulit (eczema) tidak disarankan menerima pengimunan campak. Kanak-kanak yang rendah tahap pemakanannya sangat-sangat memerlukan pengimunan campak kerana penyakit ini boleh membawa maut kepada mereka. Risiko untuk mengalami kecacatan otak dan penyakit paru-paru adalah lebih tinggi bagi kanak-kanak yang terkena campak kalau dibandingkan dengan kanak-kanak yang telah mendapat pengimunan campak.

Kesimpulan

Pengimunan adalah satu perkembangan sains perubatan yang sangat dihargai kerana cara ini telah mengurangkan kematian dikalangan bayi dan kanak-kanak akibat penyakit-penyakit berjangkit. Pengimunan untuk penyakit cacar (smallpox) tidak lagi disyorkan untuk bayi-bayi dinegara kita kerana penyakit ini tidak lagi merupakan masalah kesihatan awam yang penting lagi. Pengimunan adalah satu faktor penting yang telah membantu membasmikan penyakit cacar diseluruh dunia. Ibu bapa mestilah menggunakan kemudahan yang telah disediakan supaya anak-anak mereka dapat dilindungi atau dilalikan dari penyakit-penyakit berjangkit.

Sumber : http://www.hamidarshat.com/content/view/159/165/

Bayi Kerap Menangis

Bayi yang selalu menangis menimbulkan perasaan yang tidak senang kepada ibubapa terutama jika tangisannya berterusan hingga beberapa jam atau berterusan di waktu jauh malam. Perasaan resah selalu dirasai oleh ibubapa kerana khuatir kalau - kalau bayi mereka menghidap sesuatu penyakit. Menangis ialah satu cara seseorang bayi itu menyatakan perasaan atau emosinya dan ibubapa mestilah cuba memahami sebab - sebab bayi mereka menangis supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil.

Ada orang yang mengatakan 'biarlah bayi itu menangis, elok untuk paru - parunya' atau ' biarlah bayi itu menangis, apabila dia letih dia akan berhenti dengan sendirinya'. Anggap ini adalah tidak benar. Seseorang ibu perlu mengetahui sebab - sebab bayinya menangis supaya dia lebih senang menghadapi keadaan ini dan memerlukan pertolongan atau nasihat daripada ibunya sendiri, wanita lain yang lebih berpengalaman atau daripada doktornya sendiri. Selalu terdapat bayi-bayi yang kerap menangis dan kurang tenteram jika ibunya berinteraksi dengannya dalam keadaan cemas, resah atau tergesa-gesa.


Sebab-sebab bayi menangis

Adakah dia lapar ? Ini selalunya jelas bila waktu menyusu telah tiba dan bayi mungkin kelihatan mengisap jarinya. Dia akan berhenti menangis apabila disusukan. Jika bayi masih terus menangis mungkin lampinnya basah dan dia berasa sejuk dan dia berasa panas hingga berpeluh. Bayi yang tidak selesa atau berasa sakit akan juga menangis jika dia kurang sihat seperti sakit perut, atau menghidap demam virus yang menyebabkan hidungnya tersumbat. Bayi yang telah diberi suntikan pengimunan kadangkala sering menangis dan ubat yang biasa dibekalkan oleh doktor boleh mententeramkannya. Bayi mungkin kurang selesa akibat kulit yang sangat gatal. Ada juga didapati bayi yang selalu menangis apabila keletihan dan tidak dapat tidur karana terlalu lama dilayani oleh orang disekelilingnya. Ada juga terdapat bayi-bayi yang selalu menangis selama 10 atau minit setiap kali dia hendak tidur. Para ibu perlu mengenali kelakuan bayinya supaya mereka tidak mudah berasa cemas. Ibu yang berpengalaman boleh mengetahui dari tangisan bayi sama ada ia lapar atau dalam kesakitan.

Satu keadaan yang biasa berlaku di kalangan bayi-bayi di bawah umur tiga bulan adalah dimana seseorang bayi itu asik menangis berjam-jam di waktu petang atau malam. Walau apa jua yang dilakukan oleh ibu dia sukar ditenteramkan. Cerita yang biasa didengari ialah dimana seseorang ibu mengatakan yang anaknya selalu menangis dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang atau dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. Bayi ini sukar ditenteramkan dan biasanya berhenti menangis setelah beberapa jam. Apabila sampai waktunya dia akan minum seperti biasa dan terus tidur. Kesihatan bayi ini biasanya tidak terjejas. Keadaan seperti ini mungkin berlaku sekali-sekala di kalangan separuh bayi tetapi ada bayi yang mengalami keadaan ini hampir setiap hari. Apabila diperiksa oleh doktor jelas kesihatan bayi adalah memuaskan dan ibu bapa dinasihatkan supaya bersabar kerana keadaan ini biasanya berhenti dengan sendiri apabila usia bayi meningkat tiga bulan. Kadangkala doktor perlu memberikan ubat untuk mententeramkan bayi dari masa ke masa.

Kelakuan bayi berbeza di antara satu dengan yang lain. ada bayi -bayi yang diam sahaja jika dibiarkan dalam tempat tidurnya setiap masa. Ada pula bayi lain yang tidak boleh ditinggal bersendirian. Dia akan terus menangis dan hanya dapat ditenteramkan apabila didukung oleh ibunya.

Memang ada juga terdapat bayi -bayi yang selalu menangis dengan tidak ada sebab -sebab yang jelas. Dia menangis setelah bangun dari tidur , menangis sebelum tidur dan menangis jika dibiarkan bersendirian. Jika dia selalu menangis hingga jauh malam tertentu ibunya akan berasa letih. Bayi seperti ini kadangkala boleh ditenteramkan dengan cara mendukungnya selalu , atau menidurannya di dalam buaian yang boleh dienjut -enjutkan.

Membawanya naik kereta boleh juga ditenteramkannya. Ibu yang mengalami keadaan ini perlulah bertenang dan sokongan serta pertolongan dari suami dan saudara -mara boleh meredakan ketegangan emosi yang mungkin timbul dari masa kesemasa. Kadangkala dia perlu membincangkan perasaannya dengan doktor. Mungkin jika anak berkelakuan demikian ini ada kaitan dengan emosi ibu itu sendiri. Memang telah diakui bahawa cara ibu berinteraksi dengan bayinya boleh mempengaruhi gerak balas bayi dengannya. Ibu yang mangalami tekanan emosi , tergesa -gesa dalam melakukan tugas -tugas rumahnya dan berasa kurang yakin pada dirinya sebagai ibu selalu mendapati anaknya asyik menangis.

Selepas umur lima atau enam bulan bayi mungkin menangis kerana ketakutan. Dia mungkin menangis jika terpandang wajah orang yang tidak dikenalinya , atau dia terjaga ditempat yang asing baginya. Kadangkala terdapat juga bayi -bayi yang berumur lebih dari sembilan bulan menangis jika ibunya mendukung bayi orang lain.
Seseorang bayi mungkin menangis jika dia tidak berpeluang mandapat barang mainan atau dia dibiarkan dengan lamanya. Dia menangis kerana berasa bosan. Jika dia sedang asyik bermain -main dengan sesuatu barang mainan dan barang mainan itu diambil daripadanya tentu dia akan menangis.

Kesimpulan

Ibu yang mendapati anaknya selalu menangis perlu memahami sebab -sebab yang boleh menimbulkan keadaan ini. Jika bukan kerana lapar , panas , sejuk , sakit atau letih sebab -sebab yang perlu difikirkan adalah :

1 - Bayi memerlukan pelukan ibu.
2- Bayi mengalami keadaan yang biasa didapati dikalangan bayi dibawah umur 3 bulan dan keadaan ini selalunya berhenti selepas tiga bulan.
3 - Perasaan negatif ibu sendiri yang mungkin menjadikannya kurang tenteram atau kurang yakin menjaga bayinya.

Cara -cara yang boleh dicuba untuk mententeramkan bayi

1 - Bayi dibiarkan menghisap puting kalau ini dapat mententeramkannya. Perasaan tidak senang hati melihat bayi menghisap puting sering terdapat dikalangan ibu -ibu. Mereka khuatir kalau -kalau pertumbuhan gigi bayi akan terjejas. Ini dianggap tidak tepat oleh para doktor gigi dan pakar kanak -kanak . Tetapi membiarkan bayi menghisap puting yang dicelup dalam manisan tidak digalakan kerana ini akan menimbulkan penyakit gigi dental caries.
2 - Tidurkan bayi di atas buaian dan dihayun serta didodoikannya.
3 - Ada setengah -setengah bayi yang boleh ditenteramkan jika dienjut -enjut di atas pangkuan ibu.
4 - Bawa bayi berjalan menaiki kereta. Bunyi kereta selalu mententeramkan bayi.


Sumber : http://www.hamidarshat.com/content/view/163/165/

Merangsang Bayi

Lilypie 1st Birthday Ticker


Seseorang bayi Islam yang baru dilahirkan dianggap seperti kain putih. Perkembangan personalitinya bermula daripada peringkat itu walhal ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa ini bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir sudah dilengkapkan dengan kesemua pancainderanya dan sudah boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta dengan orang-orang disekelilingnya, terutama ibu dan bapanya.

Pada masa dahulu kebanyakkan orang menganggap seseorang bayi yang baru lahir itu sebagai seorang individu yang pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapanya, persekitarannya, atau memberi apa-apa gerak-balas kepada orang disekelilingnya. Tetapi pada masa kini jelas kepada pakar-pakar perkembangan kanak-kanak bahawa bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi gerak-balas kepada perhatian yang ditunjukkan oleh orang lain kepadanya.

Bayi sudah boleh mendengar, sudah boleh melihat dan sudah boleh merasai keadaan-keadaan yang selesa atau keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Bayi menangis apabila lapar, tenteram apabila disusukan. Semakin dia besar, jelas kadangkala yang dia menangis apabila dia keseorangan dan akan tenteram semula apabila dibedung, diangkat ataupun didodoikan.

Pada masa kini ramai ibu bapa yang bertanyakan cara -cara untuk merangsangkan bayi . Sekarang sudah jelas bahawa prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu boleh dipertingkat dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak -kanak itu . Sitimulasi atau rangsangan ini perlulah dipertunjukkan kepada anak -anak dari peringkat bayi lagi .

Kalau diperhatikan kelakuan seseorang bayi dalam beberapa hari dia dilahirkan jelas ternampak bahawa dia akan berada dalam empat keadaan - tidur nyenyak , mengantuk , keadaan menangis . Didalam keadaan dia berjaga -jaga dan asyik memerhatikan kelilingnya dan asyik memerhatikan persekitarannya itu deria -derianya akan menangkap semua stimuli di persekitarannya . Kadangkala dia akan memberi gerak-balas kepada stimuli-stimuli ini. Umpamanya dia mungkin akan ketawa jika ibunya ketawa dihadapannya. Dia akan memerhatikan sesuatu benda yang diimbaskan dihadapan mukanya.

Cara-cara merangsang bayi

Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya. Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti " anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu", dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak," dan sebagainya boleh digunakan.

Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi "ma ma ma, na na na" ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya. Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti "mama", "baba' pada usia sepuluh bulan. Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka. Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan " Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam". Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam . Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.
Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti " tepuk-tepuk tangan". Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Kesimpulan

Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.
Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka. Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa. Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya. Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat

Sumber : http://www.hamidarshat.com/content/view/161/165/

Ruam Lampin

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah danmerengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempatyang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,kelangkang dan peha.


Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

Gejala-gejala Ruam Lampin

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
  • Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
  • Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
  • Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yangdigunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasiatau doktor).

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti
.

Penjagaan sendiri

  • Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin daribayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
  • Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .
  • Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untukmembersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat daripegawai farmasi).
  • Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas,minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).
  • Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
  • Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..
  • Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
  • Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baruy ang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.
  • Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Jangan…

  • Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
  • Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.
  • Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya

Sumber : http://klik4sihat.wordpress.com/2008/06/08/ruam-lampin/

Muntah & Jeluak (Muak) Bayi

JELUAK dan muntah adalah dua perkara lazim yang berlaku pada semua bayi. Dua perkara ini boleh dibezakan dengan mudah berdasarkan sifatnya.Muntah adalah reaksi semula jadi badan untuk memaksa keluar kandungan dalam perut manakala jeluak (juga dipanggil muak) pula hanyalah luahan cecair — biasanya susu dalam kuantiti kecil.

Pengetahuan membezakan dua perkara ini sangat penting kerana muntah yang berulang kali boleh menjadi petanda kepada penyakit serius si kecil dan mampu mengakibatkan masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan bayi.Muntah dikategorikan sebagai masalah perkara biasa dalam kehidupan kanak-kanak. Dianggarkan antara 60 hingga 70 peratus bayi mengalami gejala muntah sekurang-kurangnya sekali dalam masa 24 jam ketika mereka berumur tiga atau empat bulan.

Dalam kebanyakan kes, muntah akan berhenti masa satu atau dua hari.Bagaimanapun, masalah yang biasa ini dianggap membimbangkan jika ia berlaku dalam tempoh neonatal (empat minggu pertama selepas dilahirkan), perut kembung atau sakit perut yang keterlaluan.Malah, perhatian yang lebih serius perlu diberi jika muntah mengandungi sedikit cecair hempedu atau darah. Jika ini berlaku, bayi anda perlu dibawa segera ke hospital supaya puncanya boleh diketahui.

Antara punca paling biasa menyebabkan muntah di kalangan bayi baru lahir ialah:

  • Diberi terlalu banyak susu. Ini adalah punca yang paling kerap dilaporkan. Masalah boleh timbul, terutama membabitkan rumusan susu formula yang mengandungi terlalu banyak protein atau susu dibancuh terlalu pekat kerana ia boleh menyebabkan bayi muntah.
  • Bahkan teknik penyusuan yang tidak betul sehingga mengakibatkan bayi menelan lebih banyak udara juga boleh membuatkan si kecil muntah. Selain itu cara memegang bayi selepas disusukan seperti mengangkat (atau menimang) boleh mengakibatkan susu yang berada dalam perut terkeluar balik.
  • Gastroenteritis (keradangan perut dan usus kecil)
  • Usus kecil tersumbat atau terlalu sempitl Jangkitan sistemik (memberi kesan pada seluruh badan) seperti jangkitan air kencing, darah, otak dan meningitis
  • Batuk akibat jangkitan pada tekak atau paru-paru juga boleh membuat bayi muntah. Justeru, beri perhatian pada bayi setiap kali dia batuk selepas muntah atau tersedak akibat tertelan muntah kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik dan menyebabkan masalah pernafasan.
  • Masalah refluks gastroesofagal (GER) iaitu aliran songsang asid dalam perut ke saluran makanan. Ia adalah keadaan biasa dalam beberapa bulan pertama kehidupan setiap bayi. Lebih kurang 40 peratus bayi yang sihat dan normal akan mengalami jeluak atau muntah selepas disusukan.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/Sunday/Sihat/20080224092540

Masalah Kuning Bayi

Apabila diberitahu bayi anda mengalami masalah kuning atau jaundis, usah terlalu risau kerana ia antara masalah biasa yang dialami kebanyakan bayi baru lahir. Jaundis berasal daripada perkataan Perancis ‘jaune’ yang bermakna kuning.

Jaundis berlaku pada 80 peratus bayi yang lahir tidak cukup bulan dan 50 peratus bayi cukup bulan. Tanda kuning ini muncul dalam masa beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan.

Apa menyebabkan kulit bayi menjadi kuning?

Ia disebabkan kehadiran bilirubin, iaitu pigmen berwarna kuning kemerahan. Apabila kandungan bilirubin dalam darah berlebihan, kulit bayi kelihatan kekuningan.

Bagaimana boleh berlaku berlebihan bilirubin dalam darah bayi?

Bilirubin terhasil apabila sel darah merah pecah. Ini proses normal yang berlaku pada semua orang. Biasanya bilirubin dihantar ke hati dan disingkirkan sebagai hempedu melalui usus kecil.Oleh kerana bayi baru lahir mempunyai banyak sel darah merah, ia boleh meningkatkan jumlah bilirubin dalam darah.

Namun, masalah kuning berlaku apabila penghasilan bilirubin lebih cepat daripada kemampuan hati bayi ‘memprosesnya’ menjadi hempedu.

Dua perkara boleh menyebabkan jaundis neonatal (bayi yang kurang dari empat minggu) iaitu:


  • Bayi baru lahir ada terlalu banyak sel darah merah. Secara semula jadi, badan bayi memecahkan sel darah merah yang berlebihan dan ia mengakibatkan jumlah bilirubin dalam darah meningkat. Bilirubin menyebabkan kulit bayi bertukar menjadi kekuningan

  • Hati bayi baru lahir tidak matang dan tidak boleh memproses bilirubin secepat mungkin. Ia bermakna hati bayi belum berkembang sepenuhnya dan ia mengambil sedikit masa untuk menyingkirkan bilirubin dalam darah

Jaundis dibahagikan kepada beberapa jenis dan antara paling lazim ialah:



  • Jaundis biasa (fisiologi) — Berlaku kepada lebih 50 peratus bayi baru lahir, akibat hati bayi yang belum matang. Ia biasanya muncul dua hingga empat hari selepas bayi dilahirkan dan hilang apabila bayi berumur satu hingga dua minggu.

  • Jaundis pada bayi tidak cukup bulan — Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan mengambil masa lebih lama untuk menyingkirkan bilirubin.

  • Jaundis susu ibu — Ia berlaku pada satu hingga dua peratus bayi yang menyusu badan. Jaundis boleh disebabkan oleh bahan tertentu dalam susu badan. Masalah ini boleh bermula dalam masa empat hingga tujuh hari selepas bayi dilahirkan dan berlanjutan antara tiga hingga 10 minggu.
Antara jaundis neonatal lain ialah trauma kelahiran, pendarahan intra ventrikular (pada bayi tidak cukup bulan), pengumpulan darah pada tisu yang menyelaputi tulang (sefalohematoma), peningkatan jumlah sel darah mendadak (akibat penghasilan sel darah berlebihan dari sumsum tulang), pemindahan ibu ke anak atau kembar.

Apa akan berlaku apabila bayi mengalami jaundis?

Jaundis biasanya muncul pada hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Biasanya ia bermula dari kepala dan beransur-ansur merebak ke bawah. Biasanya perubahan warna kulit bayi daripada kemerahan ke kekuningan bermula dari muka ke dada, perut dan akhirnya ke kaki. Malah, mata putih juga boleh menjadi kekuningan.

Kadangkala ujian darah diperlukan untuk rawatan selanjutnya. Berdasarkan keputusan ujian darah dan keadaan keseluruhan seseorang bayi, doktor akan menentukan bila rawatan perlu dimulakan.

Jika doktor berasakan rawatan tidak diperlukan, masalah jaundis berkurang selepas seminggu dan hilang sepenuhnya dalam masa dua minggu.Sebaliknya jika rawatan diperlukan, bayi diletakkan di bawah terapi cahaya dan biasanya menggunakan Cahaya Bili atau Cahaya Pengurangan Bilirubin. Dalam rawatan ini, bayi diletakkan dalam keadaan bogel dengan mata bertutup.

Adakah jaundis berbahaya kepada bayi?

Dalam keadaan serius, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti:



  • Kernikterus (pewarnaan dan kerosakan otak akibat bilirubin berlebihan)

  • Kerosakan otak

  • Pendengaran terjejas

  • Cerebral Palsi

Sesetengah orang percaya masalah kuning dapat dikurangkan dengan memberi bayi susu kambing, tetapi sehingga kini tiada kajian dilakukan untuk mengesahkannya. Malah, ubat tradisional dari kedai sinseh seperti ubat mandi boleh mengganggu pengurusan rawatan.


Kaedah yang dikenal pasti berkesan ialah menjemur bayi dengan mendedahkan seluruh badan kepada cahaya, kecuali matanya (tutup dengan kain).Bagaimanapun, bukan menjemur bayi secara langsung di bawah cahaya matahari, sebaliknya memadai meletakkannya berdekatan tingkap yang ada cahaya teduh.Ketika ini, ibu yang memberi susu badan dinasihatkan tidak makan jamu.


Seperkara lagi, meskipun susu badan juga boleh menyebabkan jaundis, ia tidak bermakna anda perlu menghentikan pemberian susu badan.Walaupun masalah kuning (bukan demam kuning kerana bayi tidak demam) adalah perkara biasa, ia tidak boleh dipandang ringan. Dapatkan pandangan kedua daripada doktor lain jika bayi anda memerlukan rawatan.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/Sunday/Sihat/20080504104009

Bila susu formula diperlukan?

Masalah kesihatan biasa seperti selesema, flu, jangkitan kulit atau cirit-birit tidak dipindahkan kepada bayi. Malah, ketika anda mendapat jangkitan ini, badan menghasilkan antibodi yang memberi perlindungan kepada bayi.

Malah, wanita yang menghidap kanser payu dara boleh menyusukan bayi daripada payu dara yang sihat. Walaupun ada kebimbangan penghasilan hormon ketika hamil dan penyusuan boleh membuatkan kanser berulang, sehingga kini tiada bukti mengesahkannya. Kajian sebaliknya menunjukkan penyusuan boleh mengurangkan peluang mendapat kanser payu dara.

Ada beberapa sebab perubatan yang tidak membolehkan ibu memberi susu badan pada bayi iaitu:-
  • Penghidap HIV positif (kerana virus HIV boleh dipindahkan melalui susu badan)
  • Menghidap penyakit lain seperti herpes, hepatitis dan jangkitan streptococus beta. Ia juga boleh dipindahkan melalui susu badan
  • Wanita yang menanam implan silikon pada payu dara. Implan tidak menjejaskan wanita menyusukan anak tetapi jika ia bocor, dikhuatiri boleh membahayakan bayi. Wanita begini disaran berbincang dengan doktor sebelum menyusu bayi
Sumber :http://www.hmetro.com.my/Sunday/Sihat/20080309015523

Susu Ibu Pelindung


Susu manusia untuk anak manusia. Ini yang sering diperkatakan pakar penyusuan bayi. Susu ibu mengandungi jumlah asid lemak, laktosa, air dan asid amino untuk penghadaman, perkembangan otak dan pertumbuhan pada kuantiti tepat.

Susu lembu sebaliknya mengandungi jenis protein yang berbeza daripada susu ibu. Susu ini baik untuk anak lembu dan jika diberi pada bayi, bayi mungkin mengalami masalah menghadamnya.

Bayi yang diberi susu badan kurang jatuh sakit kerana menerima antibodi ibu melalui susu. Hampir 80 peratus susu ibu adalah sel makrofaj iaitu sel yang membunuh bakteria, virus dan fungus.

Ini sebabnya bayi yang diberi susu badan terlindung pelbagai peringkat penyakit, termasuk pneumonia, botulism, bronkitis (keradangan salur udara ke paru-paru), influenza, jangkitan bakteria Staphylococus, jangkitan telinga dan demam campak.Pada masa sama, badan ibu terus menghasilkan antibodi terhadap apa juga penyakit di sekeliling mereka dan antibodi ini kemudian dipindahkan kepada bayi.Sistem pencernaan bayi yang diberi susu badan mengandungi banyak Lactobacilus bifidus iaitu bakteria baik yang menghalang pembiakan mikro organisma berbahaya.

Selain itu, susu badan yang diberi terus adalah steril, jadi ia dapat mengelak cirit-birit pada bayi. Lebih istimewa, susu badan mengandungi lebih 100 bahan unik yang tiada pada susu formula. Tiada bayi alah pada susu ibu, walaupun mungkin mengalami reaksi pada makanan tertentu yang diambil si ibu.

Bagaimanapun, jika pengambilan makanan itu dihentikan, reaksi dialami bayi hilang dengan sendiri.Proses penyusuan mempunyai kesan psikologi kerana ia membentuk ikatan antara ibu dan bayi. Ketika lahir, jarak penglihatan bayi hanya 30 hingga 38 sentimeter iaitu jarak antara bayi yang disusukan dengan muka ibunya. Kajian menunjukkan bayi semuda satu minggu lebih suka bau susu ibu.

Ramai pakar psikologi percaya bayi yang disusukan berasa selamat, terutama apabila ada sentuhan kulit ketika proses penyusuan. Ibu bapa yang memberi susu botol kurang memberi sentuhan pada anak ketika disusukan. Sebaliknya, jika diberi susu badan, bayi ada dalam dakapan ibu yang menjadikannya bukan sekadar waktu makan tetapi memberi rasa selesa dan selamat.

Manfaat untuk ibu


  • Mudah dan susu boleh diberi pada bila-bila masa. Tidak perlu bangun malam untuk membancuh susu

  • Dapat mengurangkan berat badan secara semula jadi

  • Penyusuan badan merangsang rahim mengecut ke saiz asal

  • Ibu yang menyusukan anak perlu banyak berehat dengan duduk dan letakkan kaki ke atas. Jika ibu memberi susu sambil baring, dia boleh melelapkan mata seketika tanpa memberi masalah pada bayi.

  • Ini antara cara semula jadi untuk menjarakkan kehamilan, walaupun ada juga yang hamil ketika ini. Penyusuan yang kerap merencatkan proses penghasilan telur, menjadikan mereka tidak didatangi haid dan dapat mengelak kehamilan.Jika tidak mahu anak yang rapat, wanita perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan dalam tempoh ini. Suntikan hormon, implan atau alat dalam rahim adalah selamat dan tidak memberi kesan pada bayi. Bagaimanapun, tidak digalakkan mengambil pil perancang sehingga bayi pisah susu

  • Menjimatkan belanja. Walaupun ibu mempunyai selera besar, harga makanan ibu biasanya tidak semahal susu formula. Tanpa belanja, bayi anda menerima khasiat terbaik.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/Sunday/Sihat/20080309015523