September 24, 2008

Ruam Lampin

Lilypie 1st Birthday Ticker

Bagi anda yang mempunyai anak kecil tertumanya bayi pasti akan berhadapan dengan masalah ruam lampin. Ruam lampin terjadi pada bahagian punggung, kemaluan dan sekelilingnya, di celah-celah paha dengan tanda kemerah-merahan dan menjadi bintil-bintil merah jika dibiarkan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan lampin tidak kerap ditukar di mana ammonia yang terdapat pada air kencing, bakteria daripada najis, atau kesan-kesan sabun yang terdapat pada lampin yang tidak dibilas dengan betul akan menjadikan kulit bayi radang dan merah.


TANDA-TANDA
  • Kesan tampung merah dan kasar pada punggung, kemaluan, dan paha.
  • Melepuh.
  • Bengkak merah.

KOMPLIKASI
  • Ruam tersebut akan dijangkiti bakteria atau kulat.
  • Jangkitan salur kencing.
  • Eczema atau ruam kulit alergik.

SEBAB-SEBAB
  • Kerengsaan kulit yang disebabkan oleh:
    * Terlalu lama terdedah pada lampin yang basah.
    * Terlalu lama terdedah pada najis.
    * Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit bayi selepas mandi.
  • Pertukaran dalam makanan bayi yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit iaitu di mana meningkatnya kandungan asid dalam makanan yang dihadam.
  • Alahan atau kerengsaan bila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
  • Tukar lampin bayi anda kerap.
  • Sapukan krim bagi menghalang jerapan setiap lampin ditukar.
  • Biarkan kawasan kemaluan terdedah seberapa lama yang boleh kerana udara dapat mengeringkan kawasan ruam dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Gunakan lampin yang berkualiti yang menjadikan punggung bayi anda sentiasa kering.
  • Rujuk doktor sekiranya ruam bertambah teruk, tiada perubahan tanpa tanda-tanda sembuh lebih daripada seminggu, atau bengkak-bengkak merah terjadi.

PETUA MENCEGAH

  • Pastikan punggung, kemaluan, dan pangkal paha bayi anda sentiasa kering dengan menukar lampin sekerap mungkin.
  • Sapukan bedak yang sesuai pada bahagian tersebut atau gunakan krim rintangan tanpa bedak.
  • Bilas kesan-kesan sabun dengan sempurna bila memandikan bayi.
  • Bilas kain lampin dengan sempurna daripada sebarang kesan sabun yang mungkin tertinggal.

Sumber : http://moodpro.tripod.com/inyakit/naprash.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan