Memaparkan catatan dengan label bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersalin. Papar semua catatan

Oktober 30, 2008

Amalan-amalan ketika & selepas bersalin

Lilypie 1st Birthday Ticker

Kesakitan ketika bersalin merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas kaum wanita. Ini merupakan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kerana ia menguji iman seseorang. Jika bersabar dengan kesakitan yang dialami dan bersyukur dan memuji kebesaran Allah s.w.t., dosa kita akan diampunkan olehNya.

Doa-doa semasa bersalin

Surah Al-Anbiyak ayat 87

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

Ayat Kursi

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Surah Al-A'raf ayat 54

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam

Surah Al-Falaq

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Surah An-Nas

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia


Mandi wajib
  • Mandi Wiladah - selepas melahirkan anak
  • Mandi ketika kering dari darah nifas (darah kotor yg keluar selepas bersalin, sekurang2 sekejab dan paling lama 60 hari)

Tanggungjawab bapa
  • Mengazankan dan mengamatkan anak yang baru lahir
    Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t. ketika di alam rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172 yang berbunyi
    "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini."

Menanam uri

Mendoakan anak


- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


- Doa agar diberi anak yang baik - surah Ali-Imran ayat 38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


- Doa agar anak menyenangkan hati - surah Furqan ayat 74
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.


- Doa agar anak tetap mengerjakan sembahyang - surah Ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


Panduan menamakan anak

  • Nama anak harus diberikan pd hari kelahirannya@ hari ketiga @ pada hari aqiqah @ beberapa hari selepas itu.
  • Nama anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama yang mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain


Menyembelih aqiqah

Mengkhitankan anak
Menurut Imam Shafie berkhitan adalah wajib.

Hikmah berkhitan.

  • Asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan
  • Menyempurnakan tuntutan syarak yg sesuai dgn sunnah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain
  • Dari aspek kesihatan ia mendatangkan kebersihan pada zakar dan membebaskan kekotoran yang tersimpan di dalamnya
  • Menjaga kesihatan batin serta memelihara dari menghidapi penyakit kelamin

September 24, 2008

Lilypie 1st Birthday Ticker



Koleksi Petua Dalam Pantang

Petua Memudahkan Bersalin.

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
  • Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

  • Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asam jawa pekat kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
  • Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
  • Sedikit beras disangai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 3 kali.
  • Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
  • Lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
  • Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
  • Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
  • Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
  • Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.

Petua Untuk Menghindarkan Strechmark

  • Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah diperut. Buat 2 minggu berturut-turut.
  • Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

Petua Membersihkan Rahim

Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang.


Sumber : http://jomjelajah.blogspot.com/