by Association of Registered Childcare Providers Malaysia
Menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak telah menjadi sesuatu yang penting bagi kebanyakan keluarga. Ia juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi terutamanya kepada keluarga yang mempunyai ramai anak dan terpaksa menanggung kos-kos lain, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pula tidak berkesempatan untuk membantu menjaga anak-anak kecil bagi pasangan yang bekerja.
Di negara ini, tidak ada subsidi dari kerajaan ke atas penjagaan anak. Oleh itu, anda haruslah mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mendapatkan pusat penjagaan anak yang baik, iaitu yang menitikberatkan perkembangan fizikal dan minda yang sihat.Pusat jagaan kanak-kanak dan ibu bapa adalah sahabat di dalam pembesaran dan perkembangan kanak-kanak.
Pusat jagaan kanak-kanak adalah sambungan daripada rumah di mana kanak-kanak berasa selamat, selesa dan dikasihi.Ia menyediakan pelbagai bentuk pembelajaran yang menarik dan merangsang pemikiran di dalam suasana ceria dan persekitaran yang luas dan cukup dengan peralatan yang sewajarnya.
Penglibatan ibu bapa adalah penting untuk memastikan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Sebelum memilih pusat penjagaan kanak-kanak yang baik, ibu bapa hendaklah mempertimbangkan beberapa isu seperti berikut:
Lokasi
- Adakah pusat tersebut jauh dari rumah? Perjalanan yang jauh dari rumah ke pusat penjagaan adalah tidak baik bagi kanak-kanak kecil.
- Adakah persekitarannya telah tercemar?
Contohnya, adakah pusat penjagaan tersebut terletak berdekatan dengan kilang kayu? - Adakah ia bersebelahan dengan lebuhraya?
Ini tidak selamat bagi kanak-kanak.
Bangunan
- Adakah bangunannya menepati tuntutan keselamatan bagi kanak-kanak kecil?
- Adakah bilik-biliknya mempunyai pengudaraan yang baik?
- Adakah keadaan tanahnya selamat?
- Dapatkah pekerja atau penyelia pusat penjagaan itu mengawasi kanak-kanak di taman permainan pada setiap masa?
Kemudahan-kemudahan
- Adakah persekitarannya cerah dan ceria?
- Adakah alat-alat permainan dan pembelajaran sesuai untuk peringkat umur yang berlainan dan adakah ia dijaga rapi dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak?
- Adakah kawasannya cukup luas bagi kanak-kanak ini bermain?
- Adakah terdapat kawasan berpasir dan berair untuk mereka bermain?
- Adakah tandasnya bersih dan kering?
- Berapakah nisbah kanak-kanak bagi seorang penjaga?
Penjaga Kanak-kanak
- Adakah pusat tersebut menyediakan penjaga yang berkelayakan dan berpengalaman bekerja dengan kanak-kanak kecil?
- Adakah mereka terlatih dalam pertolongan cemas?
- Semasa bercakap dengan kanak-kanak, adakah mereka tunduk supaya kedudukan fizikal mereka setara dengan kanak-kanak ini?
- Adakah mereka terlibat secara langsung dalam pendidikan?
- Adakah mereka kelihatan bertanggungjawab, pengasih dan boleh diharap?
- Adakah penguasaan bahasa mereka baik untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak?
- Adakah mereka menggunakan kaedah tidak menghukum apabila mendisiplinkan kanak-kanak?
- Adakah mereka mendapat latihan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Program Perkembangan
- Adakah program yang ditawarkan seimbang, iaitu yang menggalakkan ‘pembelajaran melalui permainan’ dan menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak?
- Adakah pihak pusat penjagaan itu percaya dengan cara pembelajaran yang mengutamakan kanak-kanak dan adakah mereka bekerja dengan kanak-kanak berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan mereka?
- Adakah bahan-bahan pembelajaran dan tempat bermain mencukupi?
Perhubungan di antara ibu bapa dan pusat penjagaan
- Adakah ibu bapa sentiasa diberitahu mengenai aktiviti pusat penjagaan melalui surat berita atau papan buletin?
- Adakah penjaga atau pengetua pusat penjagaan itu sentiasa bersedia untuk menjawab soalan-soalan anda?
- Adakah mereka mengalu-alukan pendapat ibu bapa?
- Adakah ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktivi-aktivi pembelajaran dan acara-acara istimewa?
- Adakah pusat penjagaan itu membuat menu harian/mingguan untuk kanak-kanak?
- Adakah mereka menyimpan, menyediakan dan menghidangkan makanan dengan cara yang bersih?
- Adakah mereka mengamalkan kebersihan diri dan membuang sampah dengan cara yang betul?
- Adakah mereka menyimpan rekod perubatan semasa kanak-kanak?
- Adakah latihan kebakaran kecemasan dijalankan dengan kerap?
PENTING!!
Adakah pusat tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat? Sijil pendaftaran ini hendaklah dipamerkan dengan jelas di pejabat dan papan notis.
Akhir Sekali